27 C
Kota Kinabalu
Khamis, Disember 5, 2024
ADVERTISEMENTspot_img

Pengundi muda perlu diberi peluang  untuk memilih -Rozman

LABUAN:  Ahli Majlis Tertinggi Warisan, Datuk Rozman Isli (gambar) berkata,  pengundi muda harus diberi peluang untuk memilih berdasarkan kepada keinginan  dan pengalaman mereka sendiri.

Mereka yang bakal menjadi pelapis kepimpinan negara juga  seharusnya diberi peluang untuk membuat keputusan tanpa dipengaruhi dengan propaganda-propaganda  yang bukan sahaja boleh merosakkan pemikiran mereka tetapi masa depan negara.

“Barisan kepimpinan Warisan mahu melihat ramai pelapis dari golongan muda mewarisi kepimpinan negara. Oleh itu  pengundi muda harus  bersama pengundi dewasa untuk turun mengundi pada 19 November ini  dan memilih dengan bijak pempimpin yang mereka  perlukan” katanya ketika ditemui di sini, baru-baru ini.

Rozman yang juga Ketua Warisan Bahagian Labuan, meminta pengundi muda menggunakan keistimewaan hak mengundi secara automatik dengan turun mengundi beramai-ramai pada tarikh pembuangan undi 15 November depan.

“Kita yakin  golongan muda hari ini merupakan golangan yang celik pemikiran  dan sudah semestinya mereka bijak membuat penilaian dalam proses pengudian terutamanya dalam menghadapi Pilihan Raya Umum (PRU) yang akan datang ini.

Rozman yang bakal mempertahankan kerusi Parlimen Labuan pada Pilihan Raya Umum Ke-15 yakin golongan muda mempunyai  kemampuan  untuk menentukan siapa pemimpin  yang berhak  di pilih.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN