ADVERTISEMENTspot_img

PENGUNDI MUDA NYATAKAN SOKONGAN TERHADAP JONATHAN YASIN

Catty (tiga kanan) bersama rakan-rakannya.

RANAU: Majoriti pengundi muda kawasan Parlimen P.179 Ranau menyatakan sokongan mereka terhadap calon Gabungan Rakyat Sabah (GSR), Datuk Jonathan Yasin.

Mereka mengajak rakan-rakan seperjuangan  agar memberi sokongan padu terhadap Datuk Jonathan memandangkan beliau adalah yang terbaik dan mempunyai wawasan tersendiri untuk memajukan masa depan daerah dalam aspek pembangunan infra dan membantu rakyat akar umbi yang memerlukan bantuan terutama golongan warga emas, Orang Kelainan Upaya (OKU), Anak Yatim serta pesakit telantar.

“Membantu warga Ranau untuk membiayai kos rawatan perubatan pesakit di hospital kerajaan  merupakan sumbangan Datuk Jonathan yang amat dihargai”, jelas Catty John 18, dari Kg.Tambiau  Ranau pelajar dari Asia Collage Kota Kinabalu sependapat dengan kakaknya, Ester John 19 pelajar dari Universiti Malaysia Sabah (UMS).

Mereka mengajak rakan-rakan yang lain supaya memberi sokongan kepada Datuk Jonathan yang sudah terbukti berkemampuan  membantu rakyat bukan sahaja khidmatnya membantu mereka yang kurang berkemampuan malahan dalam pelaksanaan projek-projek membaiki kerosakan jalan, jambatan gantung, jalan ke kawasan pertanian serta bantuan kepada pelajar ke Institusi Pengajian Tinggi (IPT) dan IPTS.

Seorang lagi pelajar berasal dari  Kg.Pahu Ranau, Akil Bin Abdullah 20, pelajar Institut Batu Lintang Sarawak turut memuji Datuk Jonathan kerana membantu keluarga tidak berkemampuan membiayai kos pembelian keranda untuk yang meninggal dunia malah Jonathan sanggup bersama penduduk ke tanah  perkuburan atas urusan pengkebumian.

“Tidak ada pemimpin yang punyai keprihatinan seperti Datuk Jonathan yang selalu turun padang meninjau  merobik permasalahan penduduk kawasan pedalaman  sesuai sekali dia disifatkan  sebagai’ Pemimpin Prihatin dan Pejuang Rakyat”, tambah Akil.

             

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN