26 C
Kota Kinabalu
Rabu, Januari 15, 2025
ADVERTISEMENTspot_img

PENGUNDI LABUAN DISARAN NILAI KREDIBILITI PARTI

MOHD RAFI ( empat dari kanan), Bashir (enam dari kanan) bersama  pengundi Labuan yang hadir pada ceramah tersebut.

LABUAN: Pengundi di pulau ini disaran menilai kredibiliti parti dan bukan personaliti calon semata-mata.

Bendahari UMNO Bahagian Labuan, Datuk Mohd Rafi berkata,  kredibiliti Barisan Nasional (BN) dalam pemerintahan kerajaan telah teruji dengan pembangunan ekonomi negara bertahun lamanya.

“Kita tidak perlu melihat personaliti calon, apa yang penting adalah keupayaan BN itu dalam membentuk kerajaan

 “Dalam sejarah pemerintahan kerajaan persekutuan hanya dua gabungan iaitu BN dan Pakatan Harapan (PH), namun PH telah teruji gagal dalam mentadbir kerajaan sehingga kestabilan negara menjadi kucar kacir” katanya ketika berucap pada Majls Ceramah Mega Barisan Nasional yang diadakan di Desa Tunas Kampung Sungai Miri, di sini, pada Khamis.

Mohd Rafi yang juga mantan Setiausaha Politik Menteri Wilayah Persekutuan berkata kegagalan PH dalam pentadbiran kerajaan dapat dilihat secara jelas di Labuan apabila  pembangunan ekonomi merundum sehingga banyak syarikat minyak dan gas yang beroperasi terpaksa  tutup dan berpindah ke tempat lain sekaligus telah menutup peluang pekerjaan kepada anak anak tempatan.

Sementara itu katanya, satu lagi parti Parikatan Nasional (PN) yang diberi peluang untuk mentadbir kerajaan selepas bergabung dengan BN yang Perdana Menterinya daripada PN juga telah gagal membentuk sebuah kerajaan yang stabil.

Malah lebih menyedihkan lagi kepada warga Labuan apabila kerajaan PN telah melaksanakan dasar  penguatkuasaan Imigresen terhadap warga Labuan yang masuk atau keluar dari Labuan perlu mendapatkan pemeriksaan daripada Imigresen.

“Ini semua  dilakukan oleh kerajaan Perikatan Nasional apabila Menterinya Datuk Hamzah Zainuddin meluluskan dasar ini yang telah menyusahkan kepada rakyat Labuan.

“Insyallah jika BN ditakdirkan menjadi kerajaan… isu Imigresen yang menyusahkan rakyat Labuan ini akan kita kaji semula…kita tidak mahu rakyat Labuan dilihat  sebagai pendatang tanpa izin” katanya.

Mohd Rafi yang juga mantan Ketua Pemuda UMNO Labuan turut menasihatkan kepada pengundi Labuan termasuk pengundi muda supaya lebih fokus kepada   pembangunan ekonomi  yang dibawa oleh BN sejak awal Labuan menjadi Wilayah Persekutuan.

“Pengundi Labuan termasuk pengundi muda mahukan Labuan terus membangun bukan sahaja daripada ekonominya tetapi juga kepada kesejahteraan rakyat yang sebelum ini pernah direalisasikan oleh kerajaan BN” katanya.

Justeru itu, Mohd Rafi menyeru kepada pengundi supaya keluar mengundi beramai ramai dengan  memilih calon BN, Datuk Bashir Alias yang akan membantu BN membentuk kerajaan Persekutuan.

Hadir sama, Calon BN P166 Labuan, Datuk Bashir Alias, Ketua MCA Bahagian Labuan, Datuk Chin Hong Vui dan pemimpin tempatan peringkat akar umbi.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN