31 C
Kota Kinabalu
Ahad, April 14, 2024
ADVERTISEMENTspot_img

Penglibatan generasi muda  diperlukan dalam memperkukuhkan pembangunan negara -Shahidan

RASMI… Shahidan menjulang sebilah  keris  sebagai tanda simbolik perasmian HSN peringkat Labuan sambil diperhatikan Bashir (kiri sekali) Haji Rithuan (terlindung) dan Mohd Syahffie (kanan sekali).

LABUAN:Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Dr Shahidan Kassim berkata, penglibatan dan sumbangan golongan belia sangat diperlukan  dalam  memacu asas pembangunan negara.

Katanya, golongan belia juga harus berani dalam membangunkan keperibadian yang tinggi seiring dengan pergerakan semasa.

“Kerajaan  sentiasa mengiktiraf sumbangan, pencapaian dan usaha serta suara belia dalam memacu pembangunan negara” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Sambutan Hari Belia Negara  (HSN) peringkat Wilayah Persekutuan Labua di Dewan Konvensyen Ujana Kewangan pada Sabtu.

Hadir sama, Ahli Dewan Negara,Senator Datuk Bashir Alias, Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Labuan, Haji Rithuan Mohd Ismail, Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Wilayah Persekutuan Labuan, Mohd Syahffie Haji Japril dan Presiden Majlis Belia Labuan, Abdul Mutalib Sahari.

Sementara itu,  Sambutan Hari Belia Negara peringkat Wilayah Persekutuan Labuan yang pertama kalinya dirasmikan oleh seorang Menteri Wilayah Persekutuan telah menarik kehadiran  10,000 warga belia sebagai sokongan padu kepada pembangunan belia negara, khususnya di Wilayah Persekutuan Labuan.

Sambutan yang bertemakan “Ini Masa Kita” telah diwarnai dengan pelbagai aktiviti antaranya Program Youth Career  anjuran PERKESO  dengan kerjasama Jabatan Belia dan Sukan (JBS) yang melibatkan lebih 20 syarikat mengadakan temuduga terbuka kepada belia Labuan.

Program Youth Career bertujuan memberi peluang kepada golongan belia yang belum bekerja untuk mencari peluang pekerjaan sejajar dengan perkembangan sektor perniagaan.

Turut diadakan pameran daripada agensi kerajaan dan swasta bagi memberi info dan input kepada semua pengunjung

Acara kemuncak sambutan itu ialah penyampaian Anugerah Belia Perdana  yang telah dimenangi oleh Mohammadir Malik bagi kategori individu lelaki dan Nazera Roslam bagi kategori individu wanita.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN