29 C
Kota Kinabalu
Rabu, Disember 4, 2024
ADVERTISEMENTspot_img

PENGIAT INDUSTRI PERNIAGAAN PENGURUSAN ACARA, SEWAAN SISTEM BUNYI, LAMPU DAN SKRIN, RAYU BANTUAN KERAJAAN

TERJEJAS…Pekerja yang terlibat dalam sektor perniagaan Pengurusan Acara terjejas pendapatan ekoran PKP

Oleh: Jaafar Abd Wahid

KOTA KINABALU : Penguasa syarikat yang terlibat dalam sektor perniagaan pengurusan acara , sewaan lampu ,sistem bunyi dan skrin di negeri ini merayu agar kerajaan membantu mereka yang terjejas pendapatan ekoran perlaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP)

Salah seorang penguasanya Haji Sharom Abd Ghaffar (gambar ) berkata sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dikuatkuasakan dari PKP Pertama,Kedua dan Ketiga pernigaan perkhidmatan tersebut tidak mendapat tempahan ekoran PKP selain mematuhi Prosedur Operasi Standrad (SOP).

“ Bayangkan dalam setahun lalu sehingga kini perniagaan kami tidak menerima tempahan dari mana-mana penganjur dan dalam masa yang sama syrikat terpaksa menanggung gaji pekerja yang kebanyakanya berkeluarga selain membayar peralatan yang masih ada pinjaman dengan Bank, sudah tentu ianya memberikan kesan yang mendalam kepada mana-mana syarikat yang terlibat dalam sektor perniagaan ini” katanya ketika ditemui di sini kemarin.

HAJI SHAROM ABD. GHAFFAR..Pengurus SR Events Production.

Sharom yang juga pengarah urusan Syrikat SR Events Production berkata, sejak PKP pertama,kedua dan ketiga golongan yang terlibat dalam sektor perniagaan ini seperti terlepas pandang oleh kerajaan untuk menerima sebarang bantuan atau geran sebagaimana yang diumumkan oleh kerajaan kepada pengiat induustri lain seperti sektor dalam pelancongan, pengangkutan pertanian dan lain-lain.

“ PKP pertama, kedua mungkin kami masih boleh bertahan tapi pada PKP ketiga ini kebanyakan kami yang terlibat dalam sektor perniagaan ini akan berhadapan dengan masalah yang agak kritikal dan tidak mustahil perniagaan kami akan “ gulung tikar” katanya.

Sehubungan dengan itu Sharom yang mewakili rakan-rakan lain yang terlibat dalam sektor perniagaan ini memohon kerajaan negeri mahupun kerajaan pusat agar dapat melihat isu serta masalah yang dihadapi oleh syarikat yang terlibat dalam sektor perniagaan ini tidak terlepas pandang dari menerima sebarang bantuan atau grean yang diumumkan kerajaan bagi membantu golongan yang terlibat dalam sektor perniagaan ini.

“ Punca pendapatan kami seratus peratus dari sewaan acara-acara yang dianjurkan oleh kerajaan mahupun sektor swsata sekiranya tiada ada undangan untuk kami bermakna sumber pendapatan kami akan terjejas dan sekiranya ada bantuan dari kerajaan kami boleh bertahan sehingga penularan kes Covid -19 dapat ditangani ” tegas Sharom.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN