Faizal menyerahkan kerusi roda kepada Zafiri sambil disaksikan Musa.
LABUAN: Seorang kanak kanak pengidap penyakit Hydrocehalus Muhammad Izz Rayyan Zafiri 12, menerima bantuan kerusi roda sumbangan daripada UMNO Bahagian Labuan menerusi Program Peduli Rakyat.
Mohammad Izz yang tinggal bersama keluarganya di Blok 5, Kampung Layang Layangan menerima bantuan itu sebagai usaha meringankan dan memudahkan beban urusan harian untuk beliau bergerak.
Majlis penyerahan bantuan kerusi roda itu disampaikan oleh Ketua Kampung Layang Lyangan, Faizal Lakat mewakili Ahli Majlis Tertinggi UMNO yang juga Ketua UMNO Bahagian Labuan, Datuk Mohd Rafi Datuk Ali Hassan.
Turut sama pada majlis itu, Bendari UMNO Bahagian Labuan Musa Basman,
Muhammad Izz yang juga seorang pelajar di salah sebuah Sekolah Pendidikan Khas di sini telah berhasil melakukan pembedahan di bahagian kepala, namun keadaan Muhsmmad Izz yang belum stabil sepenuhnya memerlukan kerusi roda untuk memudahkan urusan harian.
Sementara itu ayah Muhammad Izz, Zafiri Johari menzahirkan ucapan terima kasih kepada UMNO Bahagian Labuan, khususnya kepada Datuk Mohd Rafi yang prihatin untuk membantu mendapatkan kerusi roda baharu untuk kegunaan anak beliau.
Sementara itu, Faizal yang juga Ketua UMNO cawangan Kampung Layangan juga merakamkan ucapan terima kasih kepada UMNO Bahagian Labuan atas sumbangan kerusi roda yang telah dijanjikan baru baru ini.
“Sumbangan kerusi roda ini bertujuan untuk memastikan keperluan penerima sentiasa dalam keadaan selesa disamping membantu meringankan beban ahli keluarga penerima”, katanya.



