LAWATAN… P. Kamalanathan (tengah) diberikan taklimat oleh Bakri (tiga dari kanan) ketika menimjau pasarana dan fasiliti Pelabuhan Dermaga Labuan.
LABUAN: Pengerusi Lembaga Pelabuhan Labuan (LPA), Datuk P. Kamalanathan P. Panchanathan buat julung kalinya mengadakan lawatan kerja sehari ke Pelabuhan Dermaga Labuan, pada Jumaat.
Beliau yang dilantik pada 9 Julai lalu di bawah Kerajaan Perikatan Nasional menggantikan Pengerusi terdahulu Chan Foong Hin yang juga Ahli Parlimen DAP, Kota Kinabalu.
Dalam sesi lawatan itu, P Kamalanathan diberi taklimat berkaitan pengoperasian Pelabuhan Dermaga Merdeka Labuan yang dikendalikan pengoperasiannya oleh syarikat Megah Port Management (MPM) Sdn. Bhd.
Beliau juga turut meninjau perkembangan semasa prasarana dan fasiliti di pelabuhan tersebut.
Terdahulu ketibaan P. Kamalanathan disambut oleh Pengarah Urusan MPM Sdn. Bhd. Tan Sri Bakri Zinin dan Ketua Pegawai Operasi MPM Sdn. Bhd, Datuk Seri Pactric Tiong
Hadir sama, Timbalan Pengerusi LPA, Datuk Chin Hon Vui, Ahli Lembaga Pengarah Lembaga Pelabuhan Labuan yang terdiri, Datuk Khalid Abd. Ghani, Abdullah Omar Bledram, Dr. Fary Akmal Osman, Lee Wan Tung dan Zulkarnain Ayub.
Sementara itu, Bakri dalam ucapan aluannya berkata, pihak pengurusan MPM Sdn. Bhd. komited untuk meningkatkan perkhidmatan Pelabuan Dermaga Labuan bagi mengoptimumkan tahap produktiviti kearah yang lebih baik berbanding sebelum ini.
“Selaku pengendali pelabuhan pihaknya sedang giat menambah baik pasarana dan fasiliti yang dimiliki bagi memberi keselesaan kepada semua pihak terutamanya pengguna di pelabuhan ini” katanya.