Oleh: DR. JURRY FOO jurryfm@ums.edu.my
â– Pensyarah Kanan (Geografi) (Pengkhususan- Alam sekitar dan Pembangunan-Biogeografi Sosial) Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, Universiti Malaysia Sabah.
â– Timbalan Pengarah Akademik, Pusat Kokurikulum dan Pemajuan Pelajar (PKPP) Universiti Malaysia Sabah.
ADAKAH LAMBAKAN SAYURAN MERUPAKAN SATU MASALAH? Mari kita lihat isu ini sebagai satu peluang.
ISU lambakan sayuran merupakan satu daripada isu dan dan dianggap sebagai masalah dalam industri pertanian yang dihadapi oleh para pengusaha pertanian dalam tempoh PKP mengdapi penularan COVID19.
Di Sabah, Laporan akhbar digital dan media sosial dipenuhi dengan tujahan masalah yang dihadapi oleh golongan pengusaha pertanian dalam menyalurkan hasil pertanian, khususnya bagi petani di Kundasang yang telah mengusahakan tanah pertanian secara intensif. Ini menyebabkan pengusaha pertanian mengalami kerugian di mana (1) produk sayuran tidak dapat dijual dan (2) produk sayuran rosak dan terpaksa dibuang.
Isu lambakan sayuran tetap berlaku berlaku walaupun sudah ada usaha dan tindakan pantas dan bijak para belia dan pengusaha pertanian memasarkan sayuran secara atas talian dan penghantaran terus kepada pembeli. Malah ada usaha penghantaran sayuran oleh agen sukarelawan, iaitu sayuran melalui pembelian (daripada sumbangan) oleh para dermawan kepada komuniti kampung di kawasan daerah Ranau yang memerlukan. Kerajaan pada masa kini juga telah mengambil inisiatif untuk menangani isu ini iaitu dengan salah satu tindakan awal ialah mengeluarkan surat kuasa kepada pengusaha pertanian untuk menghantar sayuran mereka kepada pembeli di kawasan-kawasan yang ditetapkan.
Sebenarnya pengurusan sumber boleh dilakukan sejak awal PKP melalui utilitarian kearifan tempatan, bukan sahaha oleh para pengusaha pertanian dan masyarakat di Ranau, tetapi juga sesiapa sahaja yang terkesan oleh keadaan bencana sosial terkini. Satu daripadanya ialah kearifan dalam mengawet makanan.
Sememangnya setiap masyarakat mempunyai cara dan pengetahuan sendiri dalam penyimpanan sayuran dan memastikan ia tahan lama. Malah ia merupakan satu budaya yang terkenal dalam kalangan masyarakat di Sabah. Makanan diawet atau ‘jeruk’ dari Sabah sememangnya terkenal, khususnya jeruk berasaskan bahan tempatan.
Dalam menghadapi PKP ini potensi pengawetan sayuran sebagai satu peluang adalah cara terbaik dalam memastikan keselamatan makanan dan mengelakkan sayuran berakhir sebagai sisa.
Antara cadangan pengawetan makanan yang boleh dilaksanakan ialah Bosou Sayur, Sayur Masin, Serunding sayur, Sambal dan Keropok.Buat masa ini saya cadangkan lima ini dulu kerana kelima-lima ini adalah produk tempatan berasaskan kearifan tempatan yang sudah terbukti popular.
Bosou sayur adalah antara produk berasaskan tumbuhan yang laris dalam pasaran. Kajian pasaran atas talian saya mendapati Bosou sayur dijual melalui media sosial, termasuk dalam kedai atas talian Shopee dan instagram (misalnya dalam https://shopee.com.my/Bosou-Sayur-Buatan-Anak-Dusun-Sabah-(Produk-Muslim) i.40044874.2441889445 oleh https://shopee.com.my/haslinaejip1984; https://www.picuki.com/tag/BOSOUIKAN).Walaupun sayur biasa yang digunakan menghasilkan bosou sayur ialah sayur tempatan, tetapi ia boleh dicuba ke atas sayuran daripada spesies yang diperkenalkan.
Sayur masin atau Hamchoi diperkenalkan oleh orang Cina dan telah menjadi makanan kegemaran rakyat Malaysia. Antara semua produk sayuran ini adalah yang paling berpotensi kerana mudah dipelajari dan untuk dihasilkan. Banyak spesies sayuran dari Kundasang sesuai untuk menjadi produk ini khususnya sayuran berdaun seperti sayur pahit dan kubis panjang.
Resipi mudah menghasilkan sayur masin boleh dilihat daripada video penyediaan sayur masih di talian ini Hamchoi by Jurry https://youtu.be/R6qYWNUBzS0. dan percubaan mengawet sayur kubis dari talian ini channel youtube saya juga di https://www.youtube.com/watch?v=GeY3D1tvAIo. Selain penyediaan sayur masin secara klasik, penyediaan mengikut cara Korea seperti yang popular pada masa kini, iaitu Kimchi juga boleh dilakukan.
Serunding, sambal dan keropok adalah kearifan tempatan yang telah diadaptasi dalam ke dalam kehidupan masyarakat tempatan. Mengapa tidak kita mencubanya? Serunding dan sambal Tuhau dan lada putih menjadi trending masa kini, manakala proses menjadikan sayur sebagai keropok jugatidak kurang terndingnya.
APA KEBAIKAN KITA PROSES SAYURAN ITU?
Kebaikan yang diperolehi daripada proses sayuran itu banyak. Biarlah saya senaraikan beberapa daripadanya di sini dan saya huraikan dalam artikel akan datang.
- Sayur tidak dibazirkan
- Produk pertanian dapat dipasarkan
- Kearifan lokal dapat dipelajari, dikuasai dan diwarisi serta mungkin juga didokumentasikan
- Peluang pekerjaan
- Peluang perniagaan
- Tetap bekerja tapi dari rumah.
Semua ini kita yang tentukan. Sebagai menjalankan tanggungjawab akademik dan penyelidikan saya, di samping memainkan peranan saya sebagai ahli masyarakat yang peduli, saya akan terus berkongsi kaedah-kaedah yang mungkin boleh menjadi panduan kepada komuniti untuk menguruskan sumber dan memanfaatkan pengetahuan tradisi yang disebuy juga kearifan tempatan. TAMAT–