33 C
Kota Kinabalu
Isnin, Disember 2, 2024
ADVERTISEMENTspot_img

Pengasas YPL dan LDA Holding  lakukan kunjungan hormat terhadap Tan Sri Anifah

MESRA… Anifah (tengah)  ketika menerima kunjungan hormat Rozman dan Ahli Lembaga Pengarah LDA Holding Sdn. Bhd di Menara Perbadanan Labuan, baru-baru ini

LABUAN: Pengasas Yayasan Pembangunan Labuan (YPL), Datuk Rozman Isli  bersama Ahli Lembaga Pengarah LDA Holding Sdn. Bhd. telah melakukan kunjungan hormat ke atas Pengerusi Perbadanan Labuan yang baharu, Tan Sri Anifah Aman di Manara Perbadanan Labuan, baru-baru ini.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif, LDA Holding Sdn. Bhd, Noorhalim Datuk Zaini, pertemuan lebih satu jam itu bertujuan untuk memperkenalkan barisan Ahli Lembaga Pengarah  LDA Holding Sdn. Bhd.  yang baharu dilantik disamping memperjelaskan peranan dan fungsi serta perubahan yang  sedang dan telah dilakukan oleh LDA Holding Sdn. Bhd. selepas mengambil alih pengurusan  syarikat itu.

“Hasil dari pertemuan itu, kami syarikat LDA Holding Sdn. Bhd. telah memberikan maklumat dan penerangan mengenai hala tuju, cabaran dan pembaharuan yang sedang dan telah dilaksanakan di Terminal Feri Antarabangsa Labuan (TFAL).

 “Sebagai syarikat yang melaksanakan pengoperasian TFAL, kami berusaha untuk memperbaiki taraf perkhidmatan kearah yang lebih efisyen’, katanya  dalam satu kenyataan di sini, kelmarin.

Noorhalim berkata,  YPL dan  Ahli Lembaga Pengarah LDA Holding Sdn. Bhd, yakin Tan Sri yang diberi kepercayaan untuk menerajui Perbadanan Labuan mampu membangunkan Labuan serentak bersama Sabah, ini   kerana Tan Sri bukan sahaja  merupakan pemimpin yang mempunyai hubungan erat dengan kerajaan Sabah  tetapi juga mantan  Menteri Persekutuan   yang cukup berpengalaman dan dihormati.

Antara Ahli Lembaga Pengarah LDA Holding yang hadir sama dalam kunjungan hormat itu ialah, Adzar Othman, Sophian Said, Haji Chemat Mustapha,   Fauziah Datuk Mohd Din dan beliau sendiri (Noorhalim).

Hadir sama, Timbalan Pengerusi Perbadanan Labuan, Simsudin Sidek.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN