26 C
Kota Kinabalu
Rabu, Januari 15, 2025
ADVERTISEMENTspot_img

Penganjuran sukan lasak dialu-alukan

KENANGAN…Ardie (dua kiri) bersama yang lain merakam gambar dengan Datuk Jonathan (tiga kiri), Benedict (kanan) dan Hussin (dua kanan).

RANAU: Pengerusi Jawatankuasa Keselamatan Pilihan Khas (JKPK)Malaysia, Datuk Jonathan Yasin amat menggalakkan kepada semua kelab atau persatuan untuk memperbanyakkan penganjuran program lasak seperti  kejohanan   Pacuan Emat Roda (4X4), sebagai benteng para belia daripada terlibat dengan aktiviti tidak sihat.

Jonathan yang juga Ahli Parlimen P.179 Ranau berkata,  penglibatan para belia-beliawanis dalam program lasak adalah penting bagi menghindari daripada kegiatan tidak bermoral dan merosakkan masa depan diri sendiri, keluarga, masyarakat dan negara.

Beliau menyatakan demikian ketika menerima kunjungan, Kelab Sukan Bermotor Kilimu Garage Ranau(KGR Motor Sport) yang mengadakan kunjungan hormat ke pejabat Khidmat Rakyat Parlimen Ranau baru-baru ini.

Jonathan memuji jawatankuasa semua kelab dan persatuan Pacuan Emat Roda di Ranau, kerana aktif mempelbagaikan kegiatan positif melibatkan peserta dari dalam dan luar negeri.

Sempena kunjungan itu Pengerusi KGR Motor Sport, Ardie Zainurin memaklumkan bahawa Satu Kejohanan 4×4 akan diadakan pada1-3 Mac,2024 di Tomporog Lohan Dam anjuran KGR Motor Sport dengan  berjasama Kementeriam Belia dan Sukan Sabah, Pejabat Daerah Ranau, Sabah Four Wheel Drive Association (RFWDA), Ranau G6 4×4 dan Ulu Sugut 4×4.

Menurut Ardie, antara objektif program itu ialah, menjadi asas bagi melahirkan peserta dari Sabah yang berkebolehan dan berpotensi dalam arena sukan kereta lasak di peringkat luar negara.

“Ia juga sebagai usaha untuk menarik minat seramai mungkin peserta dan penonton agar menghindarkan daripada aktiviti yang tidak bermanfaat”, jelas Ardie.

Menurutnya lagi, program seumpamanya juga akan memberi manfaat kepada para pengusaha Homestay setempat selain memberi peluang kepada mana-mana individu yang berminat untuk membuka gerai jualan sepanjang acara berlangsung.

Turut mengiringi Jonathan menyambut kunjungan itu ialah Ketua Pegawai Perhubungan Parlimen Ranau, Benedict Gunda dan Pegawai Khas, Hussen Jirat.

           

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN