25 C
Kota Kinabalu
Khamis, Mac 12, 2026
ADVERTISEMENTspot_img

Penganjuran BFF2025 tingkatkan ekonomi berganda rakyat Labuan

Noridah menyampaikan sijil penghargaan kepada Ketua Polis Daerah Labuan Superitendan Mohd Hamizi Halim sambil diperhatikan Husni (kanan seksli) dan Sukuran.

LABUAN: Penganjuran Borneo Flora Festival 2025 yang telah betlangsung pada Julai lalu di sini telah mencapai matlamat bukan sahaja kepada kehadiran pengunjung tetapi juga kepada ekonomi berganda kepada rakyat di pulau ini.

Demikian kata Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Dato’ Seri Dr. Zaliha Mustapha ketika merasmikan Majlis Aprisiasi Rakan Strategik BFF2025 yang diadakan di Desa Tunas Hijau, Sungai Miri di sini, pada Rabu.

Teks ucapan beliau di bacakan oleh Ketua Pengarah Jabatan Wilayah Persekutuan (JWP), Datuk Indera Noridah Abdul Rahim.

Dr. Zaliha berkata, Program berskala besar yang julung kalinya diadakan bukan sahaja telah meningkatkan jumlah kehadiran pengunjung ke Labuan, tetapi juga telah berjaya memberi limpahan ekonomi berganda melalui perbelanjaan langsung yang dibuat oleh pengunjung.

“Secara mikro kesan ekonomi berganda inii telah memberi pulangan yang besar kepada rakyat Labuan… dan jika dikira anggaran secara keseluruhannya, perbelanjaan yang masuk ke Labuan sepanjang lima hari penganjuran BFF2025 adalah hampir RM35 juta’ katanya.

Selain itu Dr Zaliha berkata, hasil dari kejayaan yang luar biasa itu Labuan dilihat mampu menjadi pusat tumpuan Borneo dari sudut pintu masuk perdagangan, pelancongan, budaya dan kerjasama rentas negara.

“Kedudukan strategik Labuan di tengah-tengah kepulauan Borneo serta menjadi laluan maritim serantau menjadikan Labuan bukan hanya sebagai destinasi persingahan utama tetapi juga sebagai pusat logistik dan hab acara antarabangsa.

Bagaimanapun katanya, Labuan menghadapi pelbagai cabaran yang perlu ditambah baik bagi merancakkan pasaran dalam skala besar.

Antaranya kapasiti penginapan pelancongan yang terhad dan jaringan pengkhidmatan pengangkutan ke pulau ini serta kurangnya penglibatan pelabur.

Justeru itu beliau berkata, Pelan Tindakan Pelancongan Wilayah Persekutuan Labuan perlu dilaksanakan dengan sebaiknya bagi memastikan kesejahteraan taraf hidup rakyat terpelihara disamping membuka peluang pekerjaan dan perniagaan serta mengangkat martabat Labuan sebagai hab pelancongan yang terunggul di kepulauan Borneo.

Majlis Aprisiasi Rakan Strategik BFF 2025 dianjurkan sebagai tanda penghargaan kepada individu, sukarelawa dan jabatan kerajaan dan swasta yang terlibat ketika menjayakan penganjuran BFF 2025 yang telah berlangsung pada Julai lalu.

Pada majlis itu, Noridah menyampaikan sijil penghargaan kepada ketua-ketua jabatan, agensi dan swasta serta pemimpin masyarakat dan NGO.

Hadir sama, Pengerusi Perbadanan Labuan, Dato’ Mohd. Husni Mohammadi Salleh dan Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Labuan, Mohd Sukuran Taib.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN