27 C
Kota Kinabalu
Khamis, Januari 23, 2025
ADVERTISEMENTspot_img

Penganjur rakam penghargaan kepada Masidi

Hazirin (kanan) menyampaikan cenderahati kepada Rosdi diperhatikan Jasrin (kiri sekali) dan AJK yang lain.

RANAU: Pemuda Gagasan Rakyat Sabah (GRS) cawangan Kg.Tungou di sini merakam penghargaan ucapan terima kasih kepada Menteri Kewangan  Sabah yang juga ADUN N.37 Karanaan, Datuk Seri Panglima Haji Masidi Manjun kerana telah menambah jumlah hadiah  wang tunai kejohanan Bola Sepak 7 Sebelah (Tertutup) peringkat DUN N.37 Karanaan yang telah berlangsung di padang Kg.Tungou baru-baru ini.

Ketua Pemuda GRS cawangan Kg.Tungou Hazirin Agustine, yang juga Pengerusi Penganjur kejohanan, mewakili  Jawatankuasanya, berterima kasih kepada Masidi kerana menambah jumlah hadiah Johan yang pada awalnya daripada RM1,000 kepada RM1,500, Naib Johan RM700 kepada RM1,00O manakala tempat Ketiga RM500 kepada RM700 dan Keempat yang pada awalnya tiada hadiah wang tunai kepada RM500.

Hazirin menyifatkan tambahan hadiah itu sebagai  motivasi dan penghargaan kepada Jawatankuasa penganjur dan galakan kepada pasukan yang mengambil bahagian.

“Kita berterima kasih kepada Masidi atas inisiatifnya untuk menambah jumlah hadiah wang tunai kepada para pemenang kejohanan tersebut”, jelas Hazirin sambil menambah hadiah-hadiah individu berupa wang tunai juga turut dinaikkan daripada  RM100 kepada RM200 setiap orang.

Menurutnya, tambahan jumlah hadiah itu telah diumumkan Pemimpin Pembangunan Masyarakat (PPM) N.37 Karanaan, Rosdi Abd.Ghani yang mewakili Datuk Masidi merasmikan kejohanan tersebut  melibatkan 18 pasukan mengambil bahagiaan menyaksikan pasukan Libru Legend muncul juara disusuli Kibara B dan Libra menduduki tempat ketiga sementara pasukan Libra FC menduduki tempat keempat.

Manakala para pemenang individu terdiri daripada Mohd.Azram  waldin daripada Libra B (Penjaring Terbanyak 5 gol) berkungsi gelaran  dengan Haikal Izzami (Kibara B, 5 gol) sementara Penjaga Gol Terbaik diberikan kepada Iqbal Haimin(Libru Legend) dan Pemain Terbaik disandang Mohd.Mazawan Mosidi daripada pasukan Watang FC.

Penyampaian hadiah kepada para pemenang telah disempurnakan Ketua Cawangan GRS Kg.Tungou, Jasrin Simin mewakili Rosdi.

             

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN