30 C
Kota Kinabalu
Rabu, April 23, 2025
ADVERTISEMENTspot_img

Penganjur gembira, hadiah Kejohanan Bola Sepak Piala Jonatan Yasin telah diambah.

Pasukan Tungou FC merakam gambar bersama Jasrin dan Datuk Jonathan (Lima kiri).

RANAU:  Jawatankuasa penganjur khususnya para pamain dari 22 pasukan mengambil bahagian Kejohanan Bola  Sepak 7 Sebelah Tertutup Ranau Piala Pusingan Timbalan Menteri Kementerian Dalam Negeri II, Datuk Jonathan Yasin gembira apabila hadiah kejohanan telah ditambah.

Jonathan ketika berucap merasmikan kejohanan itu di Padang SK Tungou, pada Sabtu mengumumkan hadiah Johan daripada RM700  kepada RM2,000 , sebuah Piala Pusingan, Stand Medal dan Medal.

Hadiah Naib Johan turut dinaikkan daripada RM500 kepada RM1,000 berserta Medal, manakala tempat Ketiga RM800 bersama Medal, tempat Keempat  RM500 bersama Medal dan tempat  kelima RM300 dan Medal.

Jonathan yang juga Ahli Parlimen Ranau, mengharapkan dengan penambahan hadiah itu akan motivasikan lagi kepada para pemain  dengan  mengamalkan disiplin diri serta semangat kesukanan yang tinggi.

“Apa pun kejohanan yang kita sertai jangan lupa disiplin diri yang tinggi sebab itulah yang terbaik untuk dicapai”, jelas Jonathan.

Beliau juga mengharapkan menerusi kejohanan seumpama itu, menjadi landasan untuk mengasah dan mencungkil bakat serta potensi para belia dalam bidang permainan bolasepak untuk diserapkan sebagai pemain yang boleh diketengahkan bagi mewakili pasukan Ranau ke kejohanan peringkat lebih tinggi pada masa akan datang.

Kejohanan dua hari itu akan berakhir pada 27 Februari.

Hadir dan berucap ialah Pengerusi penganjur kejohanan, Jasrin Bin Simin sementara hadir sama ialah, Ketua Kampung Kg.Tungou, Eloi Bin Gisiu dan Pengerusi JPKK, Jumil Bin Roslie bersama ratusan penduduk termasuk rombongan daripada Pejabat Parlimen Ranau.

              

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN