30 C
Kota Kinabalu
Jumaat, April 19, 2024
ADVERTISEMENTspot_img

Penganjur Anime Fiesta Keningau 2022 terima sumbangan jayakan program

Robert (tiga dari kanan)menyerahkan sumbangan kepada Nizam.

KENINGAU:Penganjur Anime Fiesta Keningau 2022 menerima sumbangan kewangan daripada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN ) Bingkor Datuk Robert Tawik @ Nordin.

Robert yang juga Pembantu Menteri Kerja Raya menyerahkan sumbangan itu kepada pegerusi penganjur Nizam Imran.

Nizam berkata, dengan adanya sumbangan itu sudah tentu penganjuran Anime Fiesta dapat dijalankan dengan lancar dan jayanya. 

Beliau merakamkan setinggi tinggi terima kasih kepada Robert atas sumbangan tersebut. 

Sementara itu Robert berharap penganjuran program tersebut dapat  menarik orang ramai dan juga para pelancong dari luar dan dalam negara ke daerah Keningau.

Beliau juga mengucapkan tahniah kepada pihak penganjur Anime Fiesta atas daya usaha menganjurkan program tersebut.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN