29.5 C
Kota Kinabalu
Khamis, Mac 27, 2025
ADVERTISEMENTspot_img

Penganggur didakwa lakukan sumbang mahram dengan anak perempuannya

LABUAN: Seorang penganggur  lelaki warga  tempatan di dakwa di Mahkamah Majistret di sini hari ini, atas dua pertuduhan melakukan sumbang mahram dengan anak perempuannya berumur 15 tahun.

Tertuduh berusia 45 tahun  didakwa melakukan perbuatan itu  sejak awal April 2021  dirumah kediaman mangsa  di Kampung Batu Arang 1.

Tiada pengakuan direkodkan dari tertuduh dan kes didakwa dihadapan Majistret Kasfurrahman Abang Ahmad.

Kes akan disebut semula  pada 14 Febuari 2022 dan tertuduh tidak ditawarkan sebarang jaminan. Pendakwaan dilakukan oleh oleh Pegawai Pendakwa, ASP Francisca Duliat.

Kedua dua pertuduhan  didakwa mengikut Seksyen 376B (1) Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara tidak kuran 10 tahun dan tidak lebih 30 tahun dan sebat, jika sabit kesalahan.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN