ANGKAT….beberapa ahli pengakap SMK Mutiara mengangkat bungkusan sampah untuk di buang ke dalam tong sampah yang disediakan oleh Perbadanan Labuan.
LABUAN: Seramai 12 ahli Pengakap Kumpulan 15 SMK Mutiara Labuan menjayakan program rintis ‘Tide Turner Plastics Challenge’ sempena Hari Kebersihan Pantai SeDunia 2020 di di Pantai Tanjung Kubong, pada Sabtu.
Program yang bermula jam 7 pagi itu diketuai oleh pemimpin Pengakap SMK Mutiara, Angela Joseph dan Penolong Kanan Ko Kurikulum Jostelen Lamibai dan guru pembantu Mohamad Afzal Hakim Azhar.
Menurut Angela, semua ahli pengakap yang menyertai program tersebut mematuhi Prosedur Operasi Standart (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) bagi menjaga keselamatan masing-masing.
“Program ini bertujuan mendidik ahli-ahli pengakap tentang kesan penggunaan plastik terhadap alam sekitar. Selain itu aktiviti sebegini dapat menimbulkan kesedaran tentang tanggungjawab menjaga alam untuk diwarisi kepada generasi akan datang,” katanya.

KUTIP… sebahagian ahli Pengakap SMK Mutiara mengutip sampah yang terdapat di sepanjang pantai Tanjung Kubong.
Pelbagai barangan sampah telah dikutip dan diasingkan mengikut jenis sampah seperti botol plastik, pembungkus makan, tin minuman dan pecahan kaca.
Salah seorang peserta adik Shafiqah Friddin menyifatkan program berkenaan telah memberi pengajaran bukan sahaja kepada dirinya tetapi rakan rakan beliau untuk terus menjaga alam sekitar dengan menyokong kempen anti penggunaan plastik dalam kalangan generasi muda.
Turut sama dalam program tersebut dua orang pemimpin Pengakap negeri dan seorang sukarelawan pengakap veteranm Han Siew Kwong yang berusia79 tahun yang masih aktif dalam aktiviti pengakap peringkat negeri.