Marhamah menyaksikan majlis penyerahan rumah bantuan MAIWP oleh Mohd Nizam(lima dari kiri) kepada Rusali.
LABUAN: “Sambutan Hari Raya Aidilfitri tahun ini paling bermakna buat saya dan keluarga kerana dapat menyambut Syawal di rumah baharu….Terima Kasih MAIWP dan Pembayar zakat’… demikian ungkapan paling bermakna buat Rusali Ladin, 62 bersama keluarga.
Ungkapan itu dilafazkan sebaik saja beliau secara rasmi menerima sebuah rumah baharu yang dibina menerusi Bantuan Perumahan Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan ( MAIWP) Labuan.
Majlis penyerahan rumah bernilai lebih RM 100,000 yang dilengkapi dengan perabut itu disempurnakan oleh Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri ( Hal Ehwal Agama) Senator Marhamah Rosli pada majlis Ziarah MADANI Prihatin di Kampung Tanjung Aru baru baru ini.
Hadir sama pada majlis itu, Ketua Pegawai Eksekutif MAIWP, Datuk Mohd Nizam Yahya, Pengarsh Jabatan Agama Islam (JAWI) Haji Hanifuddin Roslan, Ketua Pegawai Eksekutif Pusat Pungutan Zakat MAIWP, Datuk Haji Abdul Hakim Amir Osman, Ketua Pegawai Eksekutif Pusat Pungutan Zakat MAIWP, Pegawsi Eksekutif Operasi MAIWP, Ustaz Ahmad Talmizi dan Pengurus MAIWP Labuan, Mohd Rafie Zakaria.
Rusali yang sebelum, ini bekerja mengambil upah memotong rumput dan tidak mempunyai pendapatan tetap tinggal di bahagian bawah rumah iparnya.
Keadaan struktur rumah yang rendah dsn sempit menyebabkan mereka sekeluarga tidak selesa malah paling merisaukan rumah beliau sering dilanda banjir apabila hujan lebat.
Pembinaan rumah baharu di atas tanah miliknya oleh MAIWP telah mengubah landskap kehidupan mereka sekeluarga untuk menikmati suasana tempat berteduh yang lebih selamat dan selesa.
Sementara itu, Marhamah berkata Bantuan Rumah yang disediakan oleh MAIWP mencerminkan komitmen berterusan kerajaan dan MAIWP dalam memastikan kebajikan golongan asnaf sentiasa terbela sekali gus memberi harapan golongan ini dapat menjalani kehidupan yang lebih baik pada masa hadapan.



