Penduduk terkesan PKP dalam kawasan DUN Bingkor terima sumbangan bakul makanan

Home Tempatan Penduduk terkesan PKP dalam kawasan DUN Bingkor terima sumbangan bakul makanan
Penduduk terkesan PKP dalam kawasan DUN Bingkor terima sumbangan bakul makanan

Haji Yazid (kanan)menyampaikan sumbangan kepada Hairul.

KENINGAU:Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN)Bingkor Datuk Robert Tawik @ Nordin terus memberi bantuan bakul makanan kepada penduduk yang terkesan dengan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP)pandemik Covid-19 di kawasan DUN Bingkor.

Sumbangan bantuan sebanyak 35 bakul makanan telah disampaikan oleh  Haji Yazid Haji Mohd Hasnan Tawik @ Charles, Ahli Jawatankuasa Bahagian STARSABAH N.40 Bingkor merangkap Ketua Biro Agama Islam DUN N.40 Bingkor yang mewakili   Robert yang juga Pembantu Menteri Kerja Raya kepada Hairul Pidungan  yang mewakili penerima bantuan tersebut.

Hairul yang mewakili penerima bantuan itu  merakamkan  ucapan berbanyak-banyak terima kasih kepada Datuk Robert atas  keikhlasan menghulurkan  sumbangan tersebut.

Pertus….mewakili penduduk Kampung Bingkor Lama ucapkan terima kasih kepada Robert.

“Kami amat bersyukur atas keprihatinan Datuk menghulurkan bantuan tersebut yang sudah tentu  sedikit sebanyak dapat meringankan bebanan yang kami tanggung sepanjang pandemik Covid-19 dan pelaksanaan PKP yang sedang  berkuatkuasa” katanya.

Haji Yazid berharap kepada penerima bantuan tersebut banyak bersabar dalam menjalani kehidupan yang mencabar dalam menghadapi Pandemik Covid-19 dan pelaksanaan PKP

Beliau berharap kepada penerima dan juga masyarakat dapat mematuhi SOP yang ditetapkn oleh kerajaan khususnya Kementerian Kesihatan Malaysia dan Majlis Keselamatan Negara.

Pada masa ini katanya, semua pihak perlu menjaga kesihatan dan keselamatan diri dari wabak Covid-19.

Sementara itu di Kampung Bingkor Lama, badan Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung ( JPKK)  Kampung itu melahirkan rasa terima kasih kepada Robert diatas usaha berterusan dan  keprihatinannya terhadap bebanan rakyat pada masa Pandemik Covid-19 ini.

Pengerusinya Petrus Atap yang mewakili penduduk kampung itu berkata, penduduk yang terlibat amat terharu dan berterima kasih kepada wakil rakyat kawasan ini yang menghulurkan bantuan bakul makanan kepada 11 keluarga yang sedang menjalani karuntin.

Beliau juga menyampaikan ucapan terima kasih kepada Unit Pemimpin Pembangunan Masyarakat (UPPM),  Pejabat ADUN N.40 Bingkor  dan Pejabat Perhubungan Parlimen P.180 Keningau yang sentiasa mengambil berat terhadap kesukaran penduduk yang terkesan dengan Pandemik Covid-19 ini.

Bantuan bakul makanan tersebut telah disampaikan bersama oleh Pemaju Mukim Bingkor  George Dairie dan Pengerusi JPKK Kampung Bingkor Lama  Petrus Atap mewakili ADUN Bingkor Datuk Robert Tawik @.Nordin. 

George berharap kepada keluarga yang dikaurantin bersabar dan mematuhi prosuder Operasi standard ( SOP ) yang sedang berkuatkuasa pada masa PKP ini.

Katanya, penduduk kampung  dan rakyat  perlu sentiasa memberikan kerjasama kepada kerajaan khusus Kementerian Kesihatan Malaysia dalam usaha membendung penularan virus Covid-19.