25 C
Kota Kinabalu
Selasa, Januari 14, 2025
ADVERTISEMENTspot_img

Penduduk terima bantuan ucap terima kasih kepada Jonathan

Oleh: Salwah Aramat

RANAU : Keprihatinan Timbalan  Menteri Dalam Negeri II, Jonathan Yasin menghantar bantuan kepada penduduk di daerah ini yang terjejas dengan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) akibat wabak Covid-19, sangat dihargai.

Ramai penduduk yang ditemui menzahirkan  rasa syukur dan terima kasih atas inisiatif serta sumbangan berkenaan yang disifatkan mereka sebagai bantuan prihatin dan tepat pada masanya.

SEBAK...Primus mewakili Jonathan menyampaikan bantuan kepada salah seorang Warga Emas terlantar di rumah kediamannya di Kg. Kebuh Ranau.

Menurut salah seorang penerima, bantuan tersebut sekurang-kurangnya dapat meringankan beban terutama golongan seperti mereka yang tidak mempunyai pendapatan tetap sepanjang tempoh PKP.

“Pounsikou (terima kasih) kepada  Jonathan atas bantuan barang makan yang dia hantar ini,” ucap salah seorang lagi penerima warga emas.

Louis  menyampaikan bantuan kepada Jinikson dari Kg. Bunakon Ranau.

Bantuan berupa makanan asas harian itu disalurkan kepada golongan sasar di setiap kampung, di ketiga-tiga DUN dalam Parlimen Ranau tanpa mengira fahaman politik.

Bantuan disampaikan sendiri Jonathan yang juga Ahli Parlimen Ranau dan sebahagiannya diwakili pegawai-pegawai beliau dari Pejabat Perhubungan Parlimen di sini.

Salah seorang wakil penduduk Kg. Lobou Baru, menerima bantuan disampaikan Husin.

Jonatahan ketika dihubungi memberitahu, setakat ini, lebih 2,000 golongan sasar telah menerima sumbangan, dan bantuan serupa akan diteruskan dari masa-kesemasa sepanjang tempoh PKP.

Sehubungan itu, beliau berharap penduduk supaya dapat bersabar dan menunggu giliran untuk mendapatkan bantuan itu. –TAMAT

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN