28 C
Kota Kinabalu
Sabtu, September 30, 2023
ADVERTISEMENTspot_img

Penduduk, pelajar hadiri program ‘Outreach  Belia B40 Berisiko’ di Kg.Himbaan

Salah seorang penceramah berhubung bahaya Penyalahgunaan Najis Dadah (kiri).

RANAU: Lebih 200 penduduk dan pelajar sekolah menghadiri program ‘Outreach  Belia B40 Berisiko’ di Dewan Mini Kg.Himbaan di sini pada Khamis.

Program itu merupakan anjuran bersama Yayasan Dakwah Islam Malaysia (YADIM) Negeri  Sabah, Special Pengurusan Of Acohol dan  Drug Abuse (SPADA) Fakulti Kepimpinan  dan Pengurusan (USIM), Jabatan  Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM dan Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) daerah Ranau.

Antara pengisian ialah Ceramah Antidadah, pemeriksaan kesihatan secara percuma dan penyampaian sumbangan serta Cenderakenangan.

Dalam ceramah yang sampaikan turut menggesa penduduk khususnya golongan ibu bapa supaya sentiasa mengawasi kegiatan anak masing-masing agar tidak terjerumus ke lembah kehinaan apabila terlibat dengan penagihan dadah yang bakal mengundang kemusnahan hidup kepada sesiapa yang terbabit.

Hadir sama ialah wakil dari IPD Ranau, Wakil dari Pejabat Khidmat Rakyat Parlimen Ranau, wakil Pejabat Daerah Ranau, wakil dari kampung-kampung berhampiran  para pelajar Sekolah Rendah,  Sekolah Menengah dan Kospen  Klinik Kesihatan Bundu Tuhan.

Turut hadir ialah, Penolong Pegawai Tadbir pejabat Daerah Ranau, Mohd. Fadzri Bin Haji Faimin.

             

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN