35 C
Kota Kinabalu
Jumaat, Jun 13, 2025
ADVERTISEMENTspot_img

PENDUDUK MUKIM KAMPUNG BUNGA RAYA KENINGAU TARIK NAFAS LEGA KINI NIKMATI JALANRAYA BERTURAP.

Jeffrey(kanan)mendengar taklimat ringkas dari Jurutera Jabatan Kerjaraya disaksikan Robert dan pemimpin masyarakat Mukim Bunga Raya.

OLEH: FRANCIS ANDIN

KENINGAU: Penantian lebih 30 tahun untuk menikmati kemudahan jalanraya yang berturap , oleh lebih 2,000 penduduk 7 buah kampung dalam mukim Bunga Raya, kini menjadi kenyataan apabila kerja-kerja menaiktaraf jalan sepanjang kira-kira 5.6 kilometer yang bermula awal tahun ini , kini telah siap sepenuhnya awal bulan ini.

Timbalan Ketua Menteri sabah, Datuk Seri Panglima Dr Jeffrey Kitingan berkata kini rakyat khususnya dikawasan mukim bunga raya, menarik nafas lega apabila isu dan permasalahan jalan raya yang tidak berturap dan menyukarkan penduduk telah berubah wajah kepada jalan raya berturap yang sangat selesa dilalui oleh pelbagai jenis kenderaan.

Justeru Jeffrey yang juga menteri Pertanian dan Perikanan Sabah , berkata rakyat seharusnya menggunakan keudahann yang ada untuk meningkatkan hasil ekonomi dengan membuka lebih banyak tanah terbiar sebagai aktiviti pertanian yang sebelum ini sukar dilalui dan menyukarkan penduduk membawa hasil pertanian untuk dipasarkan di bandar Keningau.

“ Saya harap kemudahan ini akan terus memberi manfaat kepada penduduk, terutama dalam memastikan ada manfaat disebalik jalan raya yang selesa ini untuk terus gigih menceburi bidang pertanian yang mempunyai masa depan yang terjamin dengan jalan perhubungan yang mudah dilalui ke kawasan tanah kebun terutama yang masih terbiar”katanya ketika membuat lawatan kerja ke tapak jalan raya Mukim Kampung Bunga Raya dekat sini.

Kemudahan Jalan Raya yang baharu telah digunaan sepenuhnya oleh penduduk.

Pada masa sama, Jeffrey yang juga Ahli Parlimen Keningau berharap akan lebih banyak lagi peruntukkan akan diturunkan oleh kerajaan negeri dan persekutuan untuk membantu memberikan kemudahan jalan raya yang selesa kepada rakyat dinegeri ini secara berperingkat.

“ Saya yakin kerajaan negeri dan persekutuan hari ini sentiasa mendengar dan prihatin dengan keperluan rakyat dan kita akan terus suarakan ini dan berusaha untuk membawa pembangunan berterusan kepada rakyat dikawasan ini juga di seluruh negeri Sabah kelak”katanya.

Hadir sama dalam lawatan itu Pembantu Menteri Kerja Raya Datuk Robert Tawik. Terdahulu Robert menyeru penduduk agar terus menyokong kerajaan Gabungan Rakyat Sabah yang kini terbukti dapat menunaikan janji bukan sahaja masa piliharaya tetapi juga terus berkhidmat demi rakyat.

“ Masalah jalan raya ini sudah lama sejak dulu lagi menjadi isu oleh penduduk dimukim ini, namun atas usaha dan kesabaran maka pihak kerajaan melalui wakil rakyat akan tetap memastikan setiap isu mampu diselesaikan dengan baik dan tepat”katanya.

Dalam pada itu, Robert yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Bingkor berkata kemudahan jambatan yang lebih selesa kelak akan terus dikemukakan kepada kerajaan dan berharap penduduk bersabar kerana kerajaan sentiasa mengambil tahu keperluan rakyat dan akan menyelesaikan secara berperingkat.

Pada masa sama menasihatkan pengguna jalan raya yang baharu dinaiktaraf agar memandu dengan berhemah bagi mengelakkan sebarang kemalangan berlaku.

Katanya kemudahan jalan raya yang selesa ini bukan hanya memberi kemudahan kepada pengguna kenderaan tetapi juga penduduk kampung termasuk pelajar sekolah yang menjalankan aktiviti riadah (joging).

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN