TERIMA KASIH….Ginsos (kiri) menerima sumbangan disampaikan Benedict diperhatikan rombonggan dari Kg.Mampakot dan Kg.Tinindoi.
RANAU: Kampung Mampakot di sini telah menerima sumbangan wang tunai daripada Pejabat Khidmat Rakyat Parlimen Ranau, bagi membeli peralatan dan bahan-bahan untuk membaiki dan menyelanggara jalan Kg.Mampakot ke Kg. Tinindoi Ranau yang mengalami kerosakan teruk berikutan cuaca tidak menentu awal bulan Januari tahun ini.
Jurucakap penduduk, yang juga mewakili Jawatankuasa untuk menerima sumbangan itu, Ginsos Sompingko mewakili penduduk merakam penghargaan dan terima kasih kepada Timbalan Menteri Dalam Negeri II, yang juga Ahli Parlimen Ranau, Datuk Jonathan Yasin atas bantuan menyediakan sumbangan untuk pembaikan jalan raya tersebut.
“Saya mewakili penduduk berterima kasih kepada Datuk Jonathan memberi sumbangan kewangan untuk tujuan membaiki kerosakan jalanan antara dua kampung terlibat”, jelas Ginsos yang menerima sumbangan itu mewakili penduduk yang disampaikan Ketua Pegawai Perhubungan Parlimen Ranau, Benedict Gunda di Bilik Mesyuarat Pejabat Khidmat Rakyat Parlimen Ranau pagi tadi (16 Januari).

Zita (kanan) menyampaikan sumbangan kepada Jelvi.
Sementara itu, dua orang lagi menerima sumbangan Kebajikan berupa wang tunai daripada Pejabat Khidmat Rakyat Parlimen Ranau.
Mereka ialah seorang Ibu Tunggal, Jelvi Lipus dari Kg.Kokob menerima sumbangan untuk kos persekolahan anaknya, Amirul Aizzat 14, yang akan memasuki asrama SMK Mat Salleh dan seorang lagi penerima, Mat Bin Gunsayon untuk membiayai kos perubatannya8 dari Kg.Giring ke hospital Ranau.

Rostinah (kanan) menyampaikan sumbang kepada Mat.
Sumbangan kepada Jelvi disampaikan Penolong Pegawai Perhubungan Parlimen Ranau, Zita Fedilis mewakili Ahli Parlimen Ranau, Datuk Jonathan Yasin manakala Mat menerima sumbangan disampaikan Penolong Pegawai Perhubungan Parlimen Ranau, Rostina Yomou juga mewakili Datuk Jonathan.
Jelvi dan Mat ketika ditemui masing-masing berterima kasih kepada Datuk Jonathan atas sumbangan tersebut bagi meringankan beban keluarga mereka.