26 C
Kota Kinabalu
Khamis, Julai 18, 2024
ADVERTISEMENTspot_img

Penduduk lokaliti PKPD Bersasar Tanjung Aru dibenar terima vaksin hari ini (Sabtu)

EDAR….Sukarelawan PriVo mengedarkan kopun kpd penduduk kampung Tg Aru di SJR Tanjung Aru, petang Jumaat.

Oleh: Jainudin Djimin

LABUAN: Penduduk lokaliti PKPD Bersasar Kampung Tanjung Aru diberi kelongaran untuk menerima vaksin di Pusat Pemberian Vaksin Kolej Matrikulasi Labuan (‘PPV-KML) bermula jam 10.30 pagi ini (Sabtu).

Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah (JPBD), Rithuan Ismail  (gambar) berkata, selepas melihat  penilaian risiko rendah serta penduduk di kawasan berkenaan telah mengambil ujian saringan melebihi 90 peratus dari jumlah pendnduknya seperti yang dibentangkan oleh Jabatan Kesihatan, maka kawasan seperti itu diberikan kelonggaran untuk menerima vaksin lebih awal.

“JPBD  telah meminta Pengarah Jabatan Kesihatan untuk membentangkan  perkembangan terkini dan penilaian risiko mengenai COVID 19 di Labuan  dan daripada pembentangan itu kita akan melihat  dan mengambil beberapa  ketetapan untuk  memberikan  kelonggaran menerima vaksin lebih awal, itu pun bergantung  kepada  penilaian kesihatan  setiap individu yang dibenarkan keluar untuk menerima vaksin” katanya.

Rithuan Ismail 

Beliau berkata demikian kepada media pada Jumaat selepas diminta mengulas mengenai kelonggaran penduduk Kampung Tanjung Aru diberikan vansin lebih awal daripada tempoh akhir  PKPD Bersasar yang dijadualkan tamat pada 28 Jun ini.

Terdahulu sebelum itu, beliau dan Pengarah Jabatan Kesihatan Labuan, Dr Ismuni Bohari bersama media  telah meninjau persiapan terakhir Hospital Medan  di Dewan Perbadanan Labuan yang akan beroperasi sepenuhnya pada Sabtu.

Menurut Rithuan, bagi memastikan proses pemberian vaksin berjalan lancar JPBD akan berkerjasama dengan Majlis Perwakilan Penduduk (MPP) dan juga Ketua Ketua Kampung mengedarkan kopun kepada penduduk kampung bagi memudahkan mereka di beri perlepasan  ketika melalui pos kawalan SJR.

Sementara itu, Pengerusi MPP Zon Labuan, Mohd Dzulfaizal ketika dihubungi pihaknya telahpun mula mengedarkan kopun kepada penduduk kampung yang layak  menerima vaksin   di pos kawalan SJR Tanjung Aru  petang kelmarin.

Beliau berkata penduduk kampung yang telah menerima kopun  tersebut diminta hadir ke PPV KML mengikut jadual yang telah dutetapkan iaitu bermula jam 10.30 pagi  hingga jam 12.30 tengah hari.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN