33 C
Kota Kinabalu
Khamis, September 19, 2024
ADVERTISEMENTspot_img

Penduduk lega jalan ke kawasan kebun siap diselanggarakan.

Tinjau…..Robert (kanan) semasa meninjau jalan yang sudah siap diselanggarakan. Turut kelihatan Jamilah (tengah).

KENINGAU:Penduduk Kampung Kumawanan Baru/Gana dan sekitarnya merasa lega apabila jalan ke kebun-kebun mereka siap diselanggarakan.

Jalan tanah merah sejauh 300 meter menuju ke Kampung Mangitom Laid – Kumawanan kini siap sepenuhnya dan melegakan penduduk terutama golongan petani yang merupakan pengguna utama jalan tersebut.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung(JPKK) Kampung Kumawanan Baru/Gana Jamilah Bianus berkata, mewakili penduduk kampung merakam kan ucapan jutaan terima kasih kepada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN)Bingkor Datuk Robert Tawik @ Nordin atas keperihatinannya untuk mengatasi permasalahan rakyat dibawah jagaan beliau.

“Dengan siapnya jalan ini, para petani kini mudah untuk mengeluarkan hasil pertanian mereka sekali gus meningkatkan ekonomi keluarga masing-masing” katanya.

Sebelum ini jelasnya, jalan tersebut lama tidak diselenggarakan menyebabkan ia sukar dilalui oleh kenderaan termasuk kenderaan pacuan empat roda untuk mengangkut hasil pertanian penduduk kerana jalan licin, berlobang ,becak dan berlumpur apabila huja berpanjangan.

Pada masa sama Jamilah turut merakamkan ucapan terima kasih dan penghargaan kepada jabatan dan agensi kerajaan yang terlibat dalam proses pelaksanaan termasuk pihak syarikat yang melaksanakan penyelanggaraan.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN