BERMUAFAKAT….Antara penduduk yang menghadiri gotong royong tersebut.
RANAU: Penduduk Kg.Nawanon adakan gotong-royong bagi membaiki batang paip graviti yang rosak berikutan tanah runtuh selepas hujan beberapa hari berturut-turut yang berlaku awal Januari tahun ini.
Hujan tersebut telah menyebabkan bebera berlaku tanah runtuh hampir sepanjang jalan raya yang menjadi laluan utama penduduk dari beberapa buah kampung berdekatan Kg.Nawanon terletak kira-kira 65 kilometer dari pekan Ranau.
“Berikutan kerosakan teruk jalan raya termasuk beberapa jambatan konkrit dan jambatan gantung turut rosak akibat banjir berlaku dan batang paip graviti ke kampung-kampung terlibat kini mula dibaiki penduduk yang bergotong-royong membaiki kerosakan dan tertimbus dengan lumpur sedalam hampir satu meter”, jelas Pengerusi JPKK Kg.Nawanon, Jemisi Sabal ketika menghubungi Media di Ranau.
Jemisi memuji usaha dam penglibatan penduduk untuk hadir ke gotong-royong yang diadakan bagi memaiki batang paip yang tertimbus dalam tanah runtuk yang berlaku.
“Kita berbangga dan ucap terima kasih kepada penduduk di sini kerana menjayakan kerja-kerja menerusi gotong royong tersebut tanpa terlalu mengharapkan bantuan daripada kerajaan.
“Kerja-kerja menerusi gotong-royong mampu menjimatkan kos dari segi kewangan selain dapat meningkatkan perpaduan serta keharmonian dikalangan masyarakat setempat”, tambah Jemisi.
             Â