29.5 C
Kota Kinabalu
Khamis, Mac 27, 2025
ADVERTISEMENTspot_img

Penduduk Kg.Napong 1, adakan projek Gotong Royong membaik pulih bekalan Air Graviti

TURUN PADANG….Oredie (depan empat kiri) bersama sebahagian penduduk yang hadir menyertai gotong royong tersebut.

RANAU: Penduduk Kg.Napong 1, adakan projek Gotong Royong Perdana bagi membaik pulih bekalan Air Graviti ke kampung itu yang terjejas (rosak) berikutan banjir kilat yang melanda sungai Napong berhampiran kampung itu baru-baru ini.

Jurucakap penduduk Oredie Rudin memberitahu penduduk kampung  terpaksa turun padang bekerjasama mebaiki kerosakan paip sejauh 2 kilometer dari kawasan tadahan ke pusat kampung untuk membolehkan mereka mendapat semula bekalan air bersih.

“Kita ucapkan banyak terima kasih atas kehadiran penduduk yang majoritinya kaum lelaki untuk menjayakan kerja pembaikan kerosakan batang paip graviti tersebut”, jelas Oredie sambil merakam penghargaan kepada Ahli Parlimen Ranau Datuk Jonathan Yasin  ketika dihubungi  memberi ‘green light’ untuk membantu penduduk memberi peruntukan membaiki sebuah jambatan gantung yang turut rosak berikutan banjir kilat yang berlaku.

“Datuk Jonathan yang juga Timbalan Menteri Dalam Negeri II, memang amat prihatin  dengan setiap apa juga  masalah yang dihadapi rakyat kawasannya”, tambah Oredie.

               

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN