33 C
Kota Kinabalu
Isnin, Disember 2, 2024
ADVERTISEMENTspot_img

Penduduk Kg.Minihas, Lohan diminta bersabar, kerosakan tebing sungai kini dalam perhatian MP

RUNTUH…Jalan raya dekat tebing sungai Lohan berhampiran Kg.Minihas Lohan yang rosak akibat banjir.

RANAU: Penduduk Kg.Minihas Lohan di sini, disaran agar bersabar menanti usaha kerajaan membaik-pulih laluan tebing Sungai Lohan berhampiran kampung itu yang  runtuh berikutan banjir yang berlaku awal tahun ini.

Pengerusi JPKK Kg.Minihas Sahinin Bin Wasibin berkata, pihaknya  mewakili lebih 500  penduduk merakam penghargaan dan  terima kasih kepada Timbalan Menteri Dalam Negeri II, ysng juga Ahli Parlimen Ranau, Datuk Jonathan Yasin kerana telah mengambil perhatian tetang perkara itu selepas menerima laporan dan permohonan rasmi berhubung perkara tersebut.

“Kami mengharapkan tindakan segara pihak kerajaan untuk membaiki tebing tersebut yang dibimbangi akan bertambah buruk apabila tiba musim tengkujuh  yang biasa berlaku bulan November setiap tahun”, jelas Sahinin ketika dihubungi.

*Kita  amat yakin dengan kemampuan kerajaan yang ada sekarang memang prihatin dengan apa juga permasalahan yang dihadapi rakyat”, tambahnya.

              

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN