SIAP…Bangunan Tadika Kg.Maringkan Ranau.
RANAU: Penduduk Kg.Meringkan Paginatan terletak 47 kilometer dari pekan di sini, turut menarik nafas lega kerana bangunan Tadika yang menelan kos RM50 ribu peruntukan daripada Ahli Parlimen Ranau, Datuk Jonathan Yasin telahpun siap.
Datuk Jonathan mengharapkan bangunan itu memberi manfaat kepada anak-anak di Kg.Maringkan untuk.mendapatkan pendidikan awal sebelum melangkah masuk Tahun 1, persekolahan sebenar ke Sekolah Kebangsaan (SK) apa bila umur genap 7 tahun.
Pegawai Pemantau Projek Parlimen Ranau, Dominik Bin Kasuman ketika dihubungi mengsahkan penyiapan bangunan Tabika berkeluasan 20’x30′ itu, turut mengharapkan kepada penduduk Kg.Maringkan agar memanfaatkan sepenuhnya bangunan itu bagi kemudahan anak-anak mereka mendapatkan pendidikan awal sebelum memasuki persekolahan sebenar.
Sementara itu, Pemangku Pegerusi JPKK Kg.Maringkan, Parimin Butol mewakili penduduk merakam penghargaan dan terima kasih kepada Datuk Jonathan kerana inisiatifnya membantu penduduk menyediakan kos peruntukan bagi membina bangunan Tadika yang sudah sekian lama di tunggu-tunggu penduduk Kg.Maringkan yang kini mencecah 250 orang.
“Kami penduduk kampung ini berterima kasih atas bantuan daripada Datuk Jonathan.
“Bangunan Tadika itu kini sudah siap sepenuhnya, cuma pendawaian bekalan letrik belum ada”, tambah Parimin.
           Â