Robert (ketiga dari kanan) semasa menyampaikan sumbangan poly pipe kepada Jeromey (ketiga dari kiri
KENINGAU: Penduduk Kampung Mararagang merasa lega apabila Ahli Dewan Undandan Negeri (ADUN) Bingkor Datuk Robert Tawik menyumbangkan enam (6) gulung poly pipe kepada Komuniti kampung itu.
Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Kampung Mararagang Jeromey Januarius Bundoi berkata, sumbangan poly pipe itu menggantikan sistem paip graviti kampung tersebut yang sudah usang dan mengalami kerosakan.
Katanya, dengan adanya sumbangan poly pipe yang diberikan itu dapat mengatasi masalah yang berlaku sebelum ini.
Pada masa sama Jeromey mengucapkan ribuan terimakasih kepada Robert atas keprihatinan menyumbangkan poly pipe bagi menyelasaikan masalah yang mereka hadapi.
Sementara itu Robert yang juga Pembantu Menteri Kerja Raya berkata, beliau sentiasa membantu masalah yang dihadapi oleh penduduk kawasan yang diwakilinya.
“Kalau pun tidak dapat diselasaikan sekali gus tetapi kita akan buat secara berperingkat dan mengikut keutamaan” katanya.