Robert (kiri) bersama Jeffrey semasa meninjau jalan raya Kampung Liau Ulu yang sudah siap dinaitaraf.
KENINGAU: Projek naiktaraf jalan raya Kampung Liau Ulu yang dinanti-nantikan oleh penduduk sekian lama telah siap dibina sepenuhnya.
Pembantu Menteri Kerja Raya Datuk Robert Tawik @ Nordin berkata, dengan siapnya naiktaraf jalan raya ini penduduk di kampung ini dan sekitarnya tidak lagi mengalami kesukaran keluar masuk ke Pekan Keningau.
Katanya, sebelum ini penduduk kampung merasa kurang selesa dengan keadaan jalan yang tidak berturap kerana becak pada musim hujan dan berhabuk pada musim hujan.
Robert yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bingkor berkata demikian kepada media selepas meninjau keadaan jalan raya yang baru dinaikkan bersama dengan Timbalan Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Dr. Jeffrey Kitingan yang juga Ahli Parlimen Keningau dan ADUN Tambunan.
“Kita bersyukur kerana satu lagi kemudahan infrastruktur dapat disiapkan demi kemudahan pengguna khususnya penduduk kampung Liau Ulu” katanya.