33 C
Kota Kinabalu
Isnin, Disember 2, 2024
ADVERTISEMENTspot_img

Penduduk kampung yang dikuarantin dalam kawasan Tamparuli terus terima bantuan

JAHID Menyantuni wakil penerima bantuan bakul makanan di perkarangan hadapan Pejabat Daerah Kecil Tamparuli, pada Sabtu.

TAMPARULI: Penyaluran bantuan bakul makanan diteruskan kepada penduduk kampung yang dikuarantin akibat COVID-19 di kawasan Tamparuli menerusi inisiatif Wakil Rakyat Tamparuli, Datuk Jahid Jahim.

Pemimpin Pembangunan Masyarakat (PPM) Tamparuli, Madin Anak, berkata, bagi kawasan Tamparuli, peruntukan itu akan disalurkan melalui Unit Pemimpin Pembangunan Masyarakat (UPPM) N14 Tamparuli.

Menurutnya, Program Bantuan Bakul Makanan merupakan inisiatif sedia ada yang diteruskan Wakil Rakyat itu bagi memenuhi keperluan golongan yang terkesan akibat COVID-19, terutamanya mereka yang dikuarantin.

“Kita akan memastikan pelaksanaan pembahagian yang lebih efektif kepada kumpulan sasar,” katanya.

Beliau menyatakan demikian semasa program singkat penyerahan bantuan bakul makanan kepada beberapa wakil keluarga di kawasan Tamparuli, yang terkesan kerana dikuarantin, di Perkarangan Pejabat Daerah Kecil, Tamparuli, sini pada Sabtu.

Turut hadir Menteri Pembangunan Luar Bandar Sabah, yang juga Wakil Rakyat Tamparuli, Datuk Jahid Jahim, Setiausaha Politik Kepada Menteri Pembangunan Luar Bandar Sabah, Jilias Lintar, Penyelia Kemajuan Masyarakat Tamparuli, Boe Sindolun dan beberapa pemimpin masyarakat lain.

Menurutnya, selain mereka yang dikuarantin, penduduk yang terkesan akibat banjir kilat dan tanah runtuh di beberapa kawasan di sini baru-baru ini, juga menerima bantuan sama.

Bagaimana pun, proses agihan bantuan terpaksa dibuat dengan mengambil kira standard prosedur operasi (SOP) yang ditetapkan kerajaan, bagi membendung penularan virus COVID-19.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN