27 C
Kota Kinabalu
Ahad, April 21, 2024
ADVERTISEMENTspot_img

Penduduk Kampung Sasaie Menghargai Pembinaan Jambatan Baru Sungai Pamalan.

Papan tanda projek jambatan baru sungai Pamalan yang akan dibina.

KENINGAU: Penduduk Kampung Sasaie dalam kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) N.40 Bingkor mengucapkan penghargaan kepada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bingkor, Datuk Robert Tawik @ Nordin atas kerja keras beliau membangunkan kawasan DUN Bingkor khususnya projek Jambatan Sungai Pamalan.

Mereka masing-masing berkata, sepanjang beliau menjadi wakil rakyat khususnya selepas memenangi sekali lagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah Ke-16 dan akan genap setahun dalam kerajaan pada 26 September ini, beliau telah banyak melaksanakan pembangunan infrastruktur dan menyerahkan bantuan untuk kesejahteraan rakyat.

Jakol Langkab

Bagi penduduk kampung Kampung Sasaie, Jakol Langkab, pembangunan infrastruktur kelihatan ketara di Kampung Sasaie khususnya jambatan yang bakal dibina yang terletak di Kampung Sasaie iaitu Jambatan Sungai Pamalan di KM1.1 Jalan Bingkor Bypass, Keningau.

Katanya, jambatan ini adalah sangat ditunggu-tunggu oleh penduduk Mukim Bingkor kerana merupakan laluan utama ke beberapa kampung dalam kawasan mukim ini.

“Dari awal lagi memang begitu lah keadaan jambatan besi ini, banyak sudah berlaku kemalangan sebab hanya ada satu laluan sahaja untuk dua arah.

“Dahulu kemalangan di jambatan ini lebih kerap berlaku kerana berlanggar dengan penghadang jambatan dan bertembung di tengah jambatan, tetapi kini telah berkurangan setelah Datuk Robert membantu menyediakan lampu jalan dikawasan ini,” jelasnya.

Dari kiri: Godfrey Patrick Lusu…Pengerusi JPKK, Kaling Linggung, dan Marry Guriting

Jakol berharap agar prestasi kerja beliau (Robert) terus berkekalan untuk membangunkan seluruh kawasan DUN Bingkor khususnya di Kampung Sasaie.

Seorang lagi penduduk kampung tersebut, Kaling Linggung berkata, kerja keras Datuk Robert adalah sangat ketara melalui pembangunan yang dilaksanakan beliau di Kawasan DUN Bingkor, dan Kampung Sasaie tidak ketinggalan menikmati pembangunan ini.

Kaling berkata, projek bina baru jambatan yang terletak di Kampung Sasaie ini adalah satu keputusan dan pelaksanaan yang terbaik bagi saya sebagai penduduk kampung ini.

“Jambatan ini dibina sejak kerajaan USNO dan sejak daripada itu ianya hanya diperbaiki, hinggalah kerajaan baru GRS ini baru ada dibuat bina baru.

“Sesuai dengan peredaran masa dan keadaan kenderaan yang semakin banyak, adalah tepat untuk dibina baru pada masa kini.

“Adalah satu nikmat dirasai apabila projek besar yang diminta akhirnya direalisasikan oleh wakil rakyat yang dipilih,” jelasnya.

Jambatan sungai Pamalan sedia ada akan diganti dengan jambatan baru.

Bagi Marry Guriting yang juga penduduk kampung, beliau menyambut baik projek bina baru jambatan tersebut dan ianya adalah projek terbesar sejak GRS memerintah untuk Mukim Bingkor khususnya di Kampung Sasaie.

Namun katanya, disebabkan jambatan tersebut merupakan laluan harian mereka, beliau berharap agar jambatan untuk laluan sementara juga akan dibina bersebelahan dengan pembinaan projek jambatan baru tersebut.

Tambahnya, sepanjang GRS memerintah hampir genap setahun ini juga, wakil rakyat Bingkor telah melaksanakan tanggungjawab dengan amat baik.

“Setakat ini tiada perkara yang tidak baik di dengar, beliau juga mempunyai sikap mesra kepada setiap lapisan masyarakat dan sangat membantu penduduk,” jelasnya.

Mereka berkata demikian ketika dihubungi pemberita di sini, kelmarin.

Sementara itu, menurut Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) Kampung Sasaie/Tampulan, Godfrey Patrick Lusu, antara pembangunan yang dilaksanakan di kampung tersebut ialah dua buah jambatan konkrit dan pembaikan jalan kampung.

Selain itu katanya, bantuan bakul makanan semenjak wabak Covid-19 melanda juga turut diagihkan dan hampir semua penduduk telah menerima bantuan tersebut.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN