ADVERTISEMENTspot_img

Penduduk Kampung Menggitom Baru tarikh nafas lega

Rafie (kelima dari kanan) menyerah simbolik projek siap dewan terbuka Kampung Menggitom kepada Masrudin sambil merakamkan gambar kenangan kepada penduduk yang hadir.

KENINGAU: Penantian penduduk Kampung Menggitom Baru dekat sini selama lebih 40 tahun untuk memiliki dewan terbuka berakhir.

Dewan terbuka atas usaha Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bingkor Datuk Robert Tawik @ Nordin telah siap sepenuhya diserahkan kepada penduduk kampung tersebut melalui Pengerusi JKKK Masrudin Abd. Halim.

Timbalan Pengerusi Ahli Majlis Daerah Keningau, Rafie Robert mewakili Robert yang juga Pembantu Menteri Kerja Raya Sabah menyempurnakan Majlis Penyerahan Projek Siap Dewan Terbuka kampung tersebut

Dengan siapnya kemudahan ini, lebih 400 orang penduduk Kampung Menggitom Baru bakal mendapat manfaat. Dewan terbuka ini dijangka menjadi pusat pelbagai aktiviti kemasyarakatan, mesyuarat, program belia, kebudayaan serta majlis rasmi penduduk.

Menurut Masrudin, impian mereka untuk memiliki dewan terbuka selama lebih 40 tahun akhirnya tercapai atas keprihatinan wakil rakyat kawasan ini.

“Komitmen wakil rakyat terhadap kesejahteraan penduduk terus dizahirkan melalui pelaksanaan projek-projek yang memberi keselesaan rakyat luar bandar” katanya.

Tambahnya, selain dewan terbuka ini, Kampung Menggitom Baru juga telah menerima pelbagai projek infrastruktur lain yang meningkatkan kualiti hidup masyarakat setempat.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN