27 C
Kota Kinabalu
Khamis, Disember 5, 2024
ADVERTISEMENTspot_img

Pendirian Pengerusi Perhubungan Umno Sabah tepat dalam memanfaatkan kuasa autonomi

SUGUT: Pendirian Datuk Seri Bung Mokhtar Radin selaku Pengerusi Perhubungan Umno Negeri Sabah yang memanfaatkan kuasa autonomi parti untuk terus kekal memberikan sokongan kepada kerajaan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) tepat.

Datuk James Ratib yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Sugut mengulas perkara itu berkata, keputusan yang dibuat menunjukkan kematangan politik seorang pemimpin utama parti Umno Sabah dan mengambil pendekatan timbang tara terbaik demi kestabilan politik, kerajaan negeri serta kepentingan rakyat Sabah.

“Keputusan beliau amat tepat. Kerajaan GRS sebenarnya tiada sebarang masalah perpecahan antara kesemua pemimpin parti yang ada dalam Kerajaan Negeri Sabah ketika ini. Ia amat berbeza dengan senario politik yang berlaku di Semenanjung ketika ini”, tegas James.

James yang juga Pembantu Menteri Pertanian Dan Perikanan Sabah dan juga ahli Umno Bahagian Beluran menjelaskan, pemimpin Umno perlu menguatkan saf kerjasama dengan kepimpinan Kerajaan Negeri Sabah dibawah naungan Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Hajiji Hj.Noor demi mencapai matlamat perjuangan ‘Sabah Maju Jaya’.

Jelasnya, perbezaan pendapat merupakan perkara biasa yang boleh dibincangkan secara konsensus untuk mencapai kata sepakat bersama. Namun membuat keputusan secara terburu-buru hanya akan merugikan rakyat selain menggangu kelancaran pentadbiran kerajaan negeri yang stabil tanpa masalah.

“Sebagai pemimpin dan ahli parti, saya juga akan terus teguh bersama Kerajaan GRS selain bersedia untuk membantu penyelesaian masalah kepimpinan kerajaan Perikatan Nasional diperingkat pusat. Saya sedar pergolakan itu bukan mudah. Tetapi kepentingan pengurusan kerajaan pusat ketika ini tertumpu kepada isu Covid-19 dan ekonomi. Justeru kemelut politik itu perlu segera ditangani”, katanya pada Sabtu.

Dalam satu kenyataan pada Jumaat, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin yang juga Ahli Parlimen Kinabatangan menjelaskan Umno Sabah akur dan menghormati ketetapan diputuskan pucuk pimpinan tertinggi Umno Pusat. Namun perkara itu disesuaikan dengan kuasa autonomi yang dimilikinya dan mengambil pendirian menyokong Kerajaan GRS pimpinan Ketua Menteri Sabah.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN