33 C
Kota Kinabalu
Isnin, Disember 2, 2024
ADVERTISEMENTspot_img

Pendekatan ‘Keluarga Malaysia’ Diyakini Menstabilkan Politik Negara dan Menjaga Kesejehteraan Rakyat: Bung

YAKIN..Bung bersama Perdana Menteri Ismail semasa perhimpunan Agung Umno bulan Mac lepas

Oleh: Jaafar Abd Wahid

KOTA KINABALU Pendekatan baru ‘Keluarga Malaysia’ yang dikemukakan Perdana Menteri, Dato’ Sri Ismail Yaakob sangat tepat pada masanya di saat krisis politik, pandemik kesihatan serta setuasi ekonomi yang sedang dihadapi oleh rakyat Malaysia.

Timbalan Ketua Menteri Dato Sri Bung Moktar Radin berkata, Keluarga Malaysia menuntut kebersamaan semua pihak dalam menghadapi situasi ini

Menurut Bung yang juga Ketua Umno Sabah , Keluarga Malaysia juga menuntut muafakatserta semangat soladariti semua pihak untuk saling berganding bahu menangani setuasi mencabar yang dihadapi negara ketika ini.

Katanya, , dengan pengenalan dan pendekatan baharu Keluarga Malaysia,ternyata ianya amat penting untuk seluruh rakyat Malaysia terus maju dan bergerak ke hadapan sebagai sebuah keluarga merentasi sempadan agama, bangsa dan kaum demi membangun negara.

“Ikatan serta nilai kekeluargaan ini amat penting ketika kita berhadapan dengan suasana getir untuk menjayakan agenda utama pemulihan negara” katanya dalam satu kenyataan yang dikeluarkan di sini bagi mengulas ucapan sulung Perdana Menteri ke-19 petang kemarin

Perdana Menteri dalam ucapan sulungnya kemarin memperkenalkan pendekatan ‘Keluarga Malaysia’ bagi mengajak semua pihak termasuk Ahli Parlimen pembangkang untuk bersama-sama memulihkan ekonomi dan menangani masalah penularan pandemik COVID-19 secara menyeluruh.

Menurut Bung yang juga Menteri Kerja Raya kebersamaan semua pihak bersama kerajaan terbukti dengan keterbukaan Perdana Menteri melalu rentas parti dengan mempelawa pembangkang melalui Majlis Pemulihan Negara (MPN) dan jawatankuasa Khas Menangani COVID-19 yang sewajarnya di sahut oleh pihak pembangkang.

“ Semua pihak perlu bersatu melupakan segala perbezaaan demi mencapai kesejahteraan dan kebajikan rakyat” jelas Bung

Dalam pada itu Bung menambah komitmen Kerajaan dibawah kepimpinan Perdana Menteri dalam menjaga kesihatan rakyat terbukti dengan kesediaan kerajaan membuat pembelian tambahan sejumlah 6 juta dos vaksin yang sudah tentu Sabah akan menerima agihannya berdasarkan kepada keperluan yang ketika ini belum mencukupi

“ Kita beterima kasih kerana kerajaan terus memperhebatkan inisiatif dan strategi dalam meningkatkan liputan Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) yang sedang berlangsung dimana kita yakin melalui melalui program ini pandemik COVID-19 akan dapat dilandaikan dalam segala sektor ekonomi akan dapat dipulihkan segara” katanya.

Sehubungan dengan itu Bung berkata kerajaan negeri (GRS) akan terus mendokong usaha serta kesungguhan Perdana Menteri dalam menjayakan agenda Keluraga Malaysia terutamanya dalam menangani isu kesihatan dan ekonomi rakyat di negeri ini yang terjejas dengan penularan Pandemik COVID-19

“ Seperti saya maklumkan sebelum ini kita akan pertahankan kerajaan GRS, selari dengan mandat yang diberikan oleh rakyat selepas PRN tahun lepas bagi menjaga kestabilan politik ,ekonomi dan kesihatan rakyat” tambah Bung.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN