29.2 C
Kota Kinabalu
Rabu, Julai 16, 2025
ADVERTISEMENTspot_img

Pendatang asing  guna Pas Burung-Burung dan surat Banci perlu dibenarkan memasuki Sabah semula

LABUAN: Ahli Dewan Negara, Senator Datuk Bashir Alias  menyambut baik hasrat kerajaan untuk memperketatkan pemeriksaan keluar masuk penumpang oleh Jabatan Imigresen  di pintu masuk dan keluar Terminal Feri Ro-Ro serta terminal feri penumpang Antarabangsa Labuan.

Beliau berkata tindakan itu    bertujuan untuk memastikan tidak ada lagi pendatang asing tanpa dokumen masuk ke Sabah melalui Labuan atau sebaliknya melalui Menumbuk dan juga Sipitang.

“Namun demikian saya berharap agar pihak Imigresen Sabah membenarkan  semula pendatang asing yang menggunakan dokumen  pas Burung-Burung dan Pas Banci yang dikeluarkan oleh negeri itu untuk kembali ke Sabah.

“Ini kerana  kedua dua pas tersebut dikeluarkan oleh kerajaan Sabah melalui Jabatan Ketua Menteri (JKM) dan Imigresen Sabah”katanya.

Beliau beerkata demikian sebagai mengulas kenyataan Menteri Dalam Negeri, Datuk Hamzah Zainudin yang mengarahkan Jabatan Imigresen supaya menguatkuasakan kawalan lebih ketat di pintu keluar masuk pengambara di Terminal Feri Penumpang Antarabangsa Labuan dan juga Terminal Feri Ro-Ro baru baru ini.

Sementara itu, Bashir yang juga Pengerusi Perbadanan Labuan turut meminta pihak Imigresen  Labuan  yang mengawal pintu masuk dan keluar di kedua-dua terminal itu hanya mengiktiraf  warga asing atau pendatang asing  yang menggunakan dokumen paspot dan pas IMM 13 yang dikeluarkan oleh kerajaan Persekutuan untuk memasuki Labuan.

Dalam waktu yang sama Bashir juga meminta  kerajaan negeri Sabah untuk melaksanakan pemeriksaan di jeti Menumbok termasuk di jeti Sipitang bagi memastikan hanya  mereka yang mempunyai dokumen perjalanan yang sah sahaja dibenarkan menaiki feri  atau bot peumpang  ke Labuan.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN