Antara Jawatankuasa pencarian Unduk Ngadau Ranau 2023 merakam gambar bersama puan Ivy (duduk tengah).
RANAU:Meskipun bulan Mei masih lama lagi namun, Jawatankuasa Pertandingan ‘Unduk Ngadau Kaamatan’ peringkat daerah Ranau tahun 2023, kini memulakan Pencarian Peserta yang berminat dan berkelayakan.
Pengerusi Jawatankuasa Pencarian Peserta, Puan Ivy J.Suimin memberitahu, pencerian peserta kini dibuka kepada gadis-gadis jelitawan bujang belum pernah berkahwin berasal dari daerah Ranau berusia 18 tahun hingga 27 tahun, bukan beragama Islam dan belum pernah menyandang gelaran ‘Ratu’ Unduk Ngadau peringkat daerah atau negeri sebelum ini.
Menurut puan Ivy, peserta juga hendaklah suku kaum Kadazan, Dusun, Murut, Rungus (KDMR) berasal dari Ranau, berketinggian minimum 152 sentimeter (cm).
Kepada yang berminat boleh menghubungi untuk mendapatkan keterangan lanjut atau menerusi aplikasi Whatsapp kepada Adrian Soidi (016-3249-112), Pejabat Daerah Ranau (088-875235) atau Leydia Nelson(014-2319-948) sehingga tarikh akhir penerimaan penyertaan pada 30 April.
‘Kita mengharapkan tahun ini peserta mewakili daerah Ranau akan meraih gelaran ‘Unduk Ngadau Kaamatan peringkat negeri yang bertemakan ‘Kaamatan Membudayakan Perpaduan'”, tambah Ivy.
          Â