25 C
Kota Kinabalu
Sabtu, Februari 24, 2024
ADVERTISEMENTspot_img

PEMUDA UMNO TUNTUT KERUSI PARLIMEN TUARAN

BERSEMANGAT…Alfian (dua kanan) bersama Jasni (tiga dari kanan) menyanyikan lagu Umno sebelum mesyuarat bermula.

Oleh: Jaafar Abd Wahid

TUARAN – Pemuda UMNO Bahagian Tuaran menuntut agar kerusi Parlimen kawasan tersebut diserahkan kepada UMNO dalam Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) akan datang.

Ketuanya Alfian Sambas berkata, sudah tiba masanya untuk UMNO Tuaran diberi kepercayaan memimpin Parlimen Tuaran selepas sekian lama menyerahkan kerusi itu kepada parti komponen Barisan Nasional (BN) yang akhirnya memusnahkan harapan rakyat dan penyokong apabila calon melompat ke parti lain.

Sebelum ini, kerusi Parlimen Tuaran merupakan milik UPKO sebagai komponen BN yang diwakili oleh Datuk Seri Panglima Wilfred Madius Tangau bagaimanapun beliau melakukan rentas parti dengan menyokong Warisan dan Pakatan Harapan

“Sudah tiba masanya untuk UMNO menjadi calon di Parlimen Tuaran kita sudah terlalu lama berkorban dan berkompromi untuk parti komponen lain yang akhirnya kepercayaan rakyat dimusnahkan oleh pemimpin yang lebih mementingkan kepentingan peribadi daripada kepentingan rakyat” katanya ketika berucap di mesyuarat perwakilan Pemuda Umno bahagian Tuaran di dewan Masyarakat Tuaran pada sabtu lepas.

Mesyuarat tersebut dirasmikan oleh Timbalan Ketua Umno bahagian Tuaran Jasni Daya dan turut dihadiri oleh kepimpinan Pemuda Umno bahagian Tuaran serta 253 perwakilan Pemuda dari 108 cawangan Pemuda UMNO Tuaran .

Menurut Al fian tuntutan tersebut merupakan salah satu usul yang diterima sebulat suara oleh pergerakan Pemuda Umno bahagian Tuaran semasa mesyuarat perwakilan tersebut.

Selain itu dua lagi usul turut dipersetujui untuk dibawa ke mesyuarat perwakilan bahagian iaitu meminta agar pucuk pimpinan tertinggi UMNO mecalonkan lebih ramai muka baru di kalangan anak muda sebagai calon PRU ke-15 nanti.

“ Pemuda UMNO memiliki ramai calon muda yang berwibawa,berpendidikan untuk mengalas tanggungjawab ini sekiranya diberikan peluang, malah kehadiran yang begitu ramai perwakilan Pemuda pada mesyuarat kali ini mengambarkan UMNO masih menjadi pilihan orang muda” katanya.

Sementara itu Pemuda Umno bahagian Tuaran juga meluluskan usul menyokong keputusan Ahli majlis tertinggi Umno untuk menolak kerjasama dengan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU ) PKR dan DAP pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) akan datang.
Menurut Alfian Sambas kerjasama sebelum ini hanya untuk bersama Perikatan Nasional (PN) bagi menubuhkan kerajaan dan bukannya bersama BERSATU PKR dan DAP untuk bekerjasama dalam politik.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN