25 C
Kota Kinabalu
Khamis, Jun 20, 2024
ADVERTISEMENTspot_img

Pemuda, Puteri Umno Keningau adakan program berbuka puasa sambil hulur sumbangan.

Janis (empat dari kiri)bersama rombongan bergambar bersama AJK Masjid Kampung Nukakatan.

TAMBUNAN:Pergerakan Pemuda dan Puteri Umno Bahagian Keningau telah menyampaikan sumbangan bakul makanan sambil mengadakan program berbuka puasa di Masjid Kampung Nukakatan baru-baru ini.

Sumbangan bakul makanan itu disampaikan oleh Ketua Bahagian Umno P.180  Keningau Tuan Haji Janis Abdullah.

Pada program itu penyerahan borang kemasukan ahli Puteri Umno yang baru turut disampaikan kepada Ketua Bahagian Umno Keningau yang disaksikan oleh Ketua Pergerakan Puteri Umno P. 180 Keningau Puan Siti Noor Zati Kamelah Sairin.

Sementara itu Ketua Pemuda Umno Keningau Hadjin Sujaree turut menyampaikan sumbangan bakul makanan untuk Belia Kiporing di Balai Raya Kampung itu. 

Program itu dianjurkan bersama oleh Pergerakan Pemuda dan Puteri UMNO P.180 Keningau. 

Selain itu Puteri Umno Keningau mengagihkan bubur kodop untuk juadah berbuka puasa.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN