32 C
Kota Kinabalu
Jumaat, Februari 23, 2024
ADVERTISEMENTspot_img

Pemuda PBS sumbangkan bulu tangkis kepada belia Kg Linsuk

BOE Menyerahkan set bulu tangkis kepada wakil belia Kampung Linsuk, Henry Ujin.

TAMPARULI: Golongan belia dan peminat sukan tentunya kumpulan paling gembira apabila aktiviti bersukan kini diberi kelonggaran semula.

Selain itu, lebih banyak kelonggaran diberikan di kawasan PKP Bersyarat (PKPB) dan PKP Pemulihan (PKPP) seperti sukan berpasukan serta penganjuran, kejohanan dan pertandingan tempatan mengikut model gelembung sukan dengan kelulusan Kementerian Belia dan Sukan (KBS).

KBS dalam kenyataan baru-baru ini memaklumkan bahawa Sidang Khas Majlis Keselamatan Negara (MKN) yang dipengerusikan oleh Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin, telah bersetuju dengan permohonan kelonggaran sektor sukan dan rekreasi oleh kementerian berkenaan.

Menurut KBS, semua prosedur operasi standard (SOP) dan prokotol am yang dikeluarkan adalah tertakluk kepada pewartaan peraturan dalam Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342), peraturan-peraturan berkaitan PKP, PKPB dan PKPP oleh Kementerian Kesihatan (KKM) dan MKN dari semasa ke semasa.

Ketua Pergerakan Pemuda PBS N.14 Tamparuli, Boe Sindolun, berkata, selain bola sepak, badminton merupakan antara acara sukan yang diminati masyarakat di Tenghilan termasuklah belia.

Justeru, beliau telah menyumbangkan set bulu tangkis (shuttlecock) kepada belia di Kampung Linsuk, sini hari ini bagi memastikan belia di situ dapat kembali ke gelanggang badminton setelah berehat beberapa lama kerana PKP.

“Walaupun nilainya tidak seberapa, tetapi semangat bersukan mereka yang merupakan bakal peneraju negara kelak harus disokong dan diberi galakan,” katanya yang juga Penyelia Kemajuan Masyarakat (PKM) Tamparuli.

Menurut Boe, selepas diumumkan kelonggaran bagi aktiviti bersukan dengan SOP ketat di kawasan yang dikuatkuasakan PKPB beberapa hari lepas, para peminat sukan akhirnya dapat kembali mengadakan aktiviti sukan di tempat masing-masing seiring dengan suasana ‘norma baharu’.

Antara butiran SOP terbaharu bagi kawasan PKPB adalah seperti berikut;

(i) Semua aktiviti sukan dan rekreasi individu dan berpasukan dibenarkan bagi tujuan kesihatan, kecergasan, latihan, permainan/ perlawanan;

(ii) Penganjuran kejohanan/ pertandingan tempatan dibenarkan dengan kelulusan KBS mengikut model Gelembung Sukan (Sports Bubble) yang telah ditetapkan;

(iii) Penganjuran kejohanan antarabangsa tidak dibenarkan kecuali dengan kelulusan khas KBS;

(iv) Kehadiran penonton/penyokong adalah tidak dibenarkan untuk semua aktiviti sukan dan rekreasi;

(v) Pengoperasian fasiliti/premis tertutup dan separa tertutup hendaklah mempunyai kawalan penyeliaan sepanjang tempoh operasi;

(vi) Pergerakan untuk melakukan aktiviti sukan dan rekreasi tertakluk kepada arahan kawalan pergerakan yang sedang berkuat kuasa;

(vii) Aktiviti massa yang melibatkan penyertaan orang ramai pada satu-satu masa seperti Fun Run, Fun Ride, marathon dan triathlon tidak dibenarkan.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN