ADVERTISEMENTspot_img

PEMUDA PBS PERKUKUH JALINAN BERSAMA BELIA MENERUSI AKTIVITI BOLA KERANJANG

PASUKAN Bola keranjang Exco Pemuda PBS diketuai oleh Alan Lim, bersama komuniti bola keranjang, serta barisan Exco dan Pemuda PBS dari beberapa Bahagian mengabadikan gambar kenangan bersama sebelum memulakan perlawanan.

KOTA KINABALU – Exco Pemuda Parti Bersatu Sabah (PBS) terus memperkukuhkan hubungan dengan golongan belia menerusi penganjuran program perlawanan persahabatan bola keranjang yang menghimpunkan pemain dan peminat sukan itu dari sekitar Kota Kinabalu, Penampang dan Papar.

Program yang berlangsung kelmarin di Dewan Serbaguna Damai, Kota Kinabalu itu disertai belia dari beberapa kawasan termasuk Kepayan, Api-Api, Likas, Tanjung Aru, Limbahau dan Moyog.

Penganjuran aktiviti tersebut bertujuan menggalakkan gaya hidup sihat dalam kalangan anak muda, di samping mengeratkan silaturahim serta memperkukuhkan jaringan persahabatan antara Pemuda PBS dan komuniti belia melalui sukan.

Menurut Pegawai Penerangan Exco Pemuda PBS, Steve Johnny Mositun, pendekatan seperti ini membolehkan Pemuda PBS mendekati lebih ramai golongan muda dalam suasana santai, sekali gus memupuk semangat kesukanan, perpaduan dan kerjasama.

Program itu turut diserikan dengan kehadiran beberapa pemimpin Exco Pemuda PBS Pusat, antaranya Alan Lim selaku Ketua Pasukan, Gerrard Chia, Louis Lai selaku Timbalan Ketua Exco Pemuda PBS merangkap Ketua Bahagian PBS Tanjung Aru, Steve Johnny Mositun selaku Ketua Penerangan Exco Pemuda PBS merangkap Ketua Pemuda PBS Limbahau, Soo Chee Yong selaku Ketua Bahagian PBS Likas, Markely selaku Ketua Pemuda PBS Moyog, Matthew selaku Ketua Pemuda PBS Kepayan serta Adrian yang mewakili Pemuda PBS Bahagian Api-Api.

Steve memaklumkan bahawa program seumpama ini akan terus diperluaskan dari semasa ke semasa sebagai platform mendekati belia, menggalakkan penyertaan dalam aktiviti sihat serta memperkukuhkan semangat perpaduan dalam kalangan generasi muda di Sabah.- ATENG

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN