30 C
Kota Kinabalu
Rabu, April 23, 2025
ADVERTISEMENTspot_img

Pemuda Dun Karanaan dan Parlimen Ranau, rancang pelbagai aktiviti

PEMUDA PRIHATIN….Sebahagian Jawatankuasa Pemuda Penyelaras DUN Karanaan sempat merakam gambar kenangan bersama Jaysam (duduk tengah) selepas mesyuarat itu.

RANAU: Pemuda Penyelaras Dewan Undangan Negeri (DUN) N.37 Karananan, Parlimen P.179 Ranau,  kini merancang pelbagai program dan aktiviti untuk digerakkan yang difikirkan boleh memberi  manafaat kepada penduduk setempat.

Pengerusi Jawatankuasa Pemuda Penyelaras DUN Karanaan, Jaysam Bin Jais memberitahu, yang antara yang dijangka akan dilaksana dalam masa terdekat ialah mengadakan aktiviti khidmat masyarakat seperti gotong-royong bersama penduduk, aktiviti sukan dan mengadakan sumbangan barang makanan serta penyampaian sumbangan pakaian terpakai kepada  keluarga yang kurang berkemampuan sebagai sasaran utama.

“Itu semua kita akan laksanakan jika dapat mengumpul dana dengan cara  tersendiri  untuk tujuan tersebut”, jelas Jaysam ketika ditemui selepas selesai mempengerusi satu mesyuarat Jawatankuasa Pemuda Penyelaras DUN Karanaan di bilik mesyuarat Pusat Khidmat Rakyat Parlimen Ranau pagi tadi (9 Januari) yang dihadiri 10 orang  Ahli Jawatankuasanya.

Jaysam menegaskan, tugas utama Jawatankuasa itu adalah untuk merealisasikan usaha-usaha murni bagi membantu memantapkan perjuangan dan memperkasakan Parti Pribumi Bersatu  Malaysia (PPBM) DUN Karanaan  sekaligus mempastikan rakyat memberi  sokongan padu kepada Ahli Parlimen Ranau, Datuk Jonathan Yasin pada PRU-15 akan datang.

“Pemuda akan berganding bahu dengan Armada PPBM memastikan kemenangan berpihak kepada Ahli Parlimen Ranau meraih kemenangan dengan majoriti yang lebih besar”, tegas Jaysam sambil memberi jaminan ahlinya akan bekerja keras demi kemenangan calon PPBM, Datuk Jonathan Yasin pada PRU15 itu kelak.

Menyentuh pelaksanaan program yang dirancang mereka memerlukan sokongan dari semua pihak  termasuk golongan pemimpin untuk tampil membantu mengisi tabung dana kewangan untuk disalurkan kepada keluarga yang memerlukan.

Jaysam juga menegaskan peranan Jawatankuasa Pemuda Penyelaras yang dibentuk sebagai kelab ‘Pemuda Prihatin’ DUN Karanaan bukalah bertujuan mahu bersaing atau mengambil alih peranan mana-mana badan sukarelawan ‘Sayap Kiri’ PKBM seperti Armada, sebaliknya lebih kepada pelapis dan membantu memantapkan peranan dan perjuangan parti agar sampai kepada rakyat akar umbi khususnya para penggundi termasuk mereka yang sudah mencapai umur 18 tahun.

              TAMAT

  1. PEMUDA PRIHATIN….Sebahagian Jawatankuasa Pemuda Penyelaras DUN Karanaan sempat merakam gambar kenangan bersama Jaysam (duduk tengah) selepas mesyuarat itu.
ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN