ADVERTISEMENTspot_img

PEMIMPIN MASYARAKAT DUN N.37 KARANAAN DIRAI

RANAU: Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan yang juga Menteri Kewangan II Negeri Sabah, menjadi tetamu kehormat dalam program “Majlis Hari Raya, Tadau Kaamatan Dan Kesyukuran Perlantikan Pemimpin & Pemegang Adat Kawasan N.37 Karanaan” yang bertempat di Dewan Masyarakat, di sini hari ini.

Dalam majlis ini, Masidi mengingatkan semua pemimpin masyarakat yang dilantik agar menjalankan amanah yang diberikan dengan baik dan terus berusaha membantu penduduk tempatan sambal menunjukkan rasa toleransi yang tinggi.

“Sabah adalah lambang kepada keharmonian di seluruh negara. Semua pemimpin sama ada yang datang dari Semenanjung atau Luar Negara menyatakan kekaguman mereka terhadap toleransi kaum dan agama yang tinggi di Sabah.

“Ranau adalah tempat paling sesuai untuk kita mengenali siapa orang Sabah kerana satu, toleransi yang tinggi, kedua, lemah-lembut, sopan santun, tapi yang lebih daripada itu ialah barangkali dengan rendah diri saya katakan di antara masyarakat bumiputra atau peribumi yang paling rajin berusaha adalah orang Ranau,” katanya

Pada masa sama, Masidi yang juga Adun Karanaan turut memberi komentar berkenaan kenaikan harga barang.

“Menurut beliau, harga barang sudah semakin naik. Tanah di Ranau adalah subur. Hanya perlu lontarkan benih. Tidak perlu membeli sayur kacang panjang jika kita boleh menanam sendiri.

Baru-baru ini kabinet telah mengumumkan bahawa kemungkinan Kerajaan Negeri Sabah akan menghidupkan semula Lembaga Padi Sabah bagi menggalakkan pembukaan tanah yang lebih luas untuk tujuan penanaman padi. Untuk pengetahuan saudara-saudari sekalian, 75% beras kita adalah diimport daripada luar negeri.”

Majlis yang dihadiri semua pemimpin masyarakat di Kawasan DUN N37 Karanaan diadakan bagi meraikan kesyukuran di atas pelantikan sebagai pemimpin masyarakat di pelbagai peringkat.

Sementara itu, Ketua Daerah, OKK Muhasip Hj. Ruman dalam ucapannya berkata bahawa majlis kesyukuran ini sepatutnya diadakan pada tahun lepas, namun disebabkan Pandemik COVID-19 majlis ini ditangguhkan ke tahun ini.

Turut hadir dalam majlis tersebut ialah Penolong Pegawai Daerah Ranau, Hasinin Kinsim, Pengerusi Peladang Kinabalu Ranau, Datuk Hj Faimin Kamin, Pegawai Eksekutif Majlis Daerah Ranau, Jupirin Hj Ruhimin, Pemimpin Pembangunan Masyarakat (PPM) N.37 Karanaan, Rosdi Abdul Ghani,, PPM N.38 Paginatan, Hishamudin Harun.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN