30 C
Kota Kinabalu
Khamis, Jun 20, 2024
ADVERTISEMENTspot_img

Pemilik stesen minyak alami kerugian selepas premis dipecah masuk

Kelihatan anggota PDRM membuat siasatan awal selepas kejadian itu.

SOOK: Sebuah stesen minyak di sini mengalami kerugian kira-kira RM4,600 selepas dipecah masuk pada awal pagi Isnin.

Ketua Polis Daerah Keningau Supritendan Yampil Anak Garai berkata, rakaman kamera litar tertutup (CCTV) menunjukkan tiga suspek memecah masuk ke dalam premis itu kira-kira jam 12.40 tengah hari menggunakan katapel dan linggis.

Ketiga-tiga suspek menggunakan Perodua Bezza berwarna merah dengan nombor pendaftaran palsu QS9191T. 

Barangan yang dilarikan termasuk wang tunai termasuk syiling berjumlah RM1,200, 200 kotak pelbagai jenis rokok dan telefon bimbit.

Yampil berkata pengurus stesen minyak itu dimaklumkan oleh seorang pekerja pada 5.46 pagi mengenai pintu kaca hadapan premis itu pecah.

Sepasukan polis kemudian pergi ke tempat kejadian selepas laporan dibuat.

Kes disiasat mengikut Seksyen 457 Kanun Keseksaan dan orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian diminta menghubungi balai polis berhampiran.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN