27 C
Kota Kinabalu
Jumaat, Februari 14, 2025
ADVERTISEMENTspot_img

Pemilik Sabindo Ranau hulur bakul makanan, peralatan sekolah

Oleh: Wartawan Borneo Daily Bulletin

SUMBANGAN…Kong menyerahkan sumbangan barangan makanan dan perlatan sekolah kepada Ketua Kampung Kg.Paus.

RANAU: Pelajar di Kampung Paus yang menjadikan sebuah khemah dikawasan Ladang Kelapa Sawit sebagai tempat mengulangkaji pelajaran menerusi aplikasi atas talian mendapat perhatian Timbalan Ketua Wiramuda Parti Star Sabah, Kong Soon Choi yang tampil menghulurkan bantuan berupa barangan makanan dan peralatan sekolah pada sabtu.

Kong melauangkan masa melawat sekumpulan pelajar sekolah yang sedang mentelaah pelajaran atas talian dan menyumbang beberapa bentuk barangan makanan serta peralatan sekolah seperti buku latihan dan alat tulis untuk keperluan mereka.

Tegas Kong, beliau terpanggil untuk melawat dan menyumbang sedikit keperluan kepada pelajar berkenaan selepas mendapat maklum mengenai suasana tempat pelajar itu mengulangkaji disebuah khemah kawasan berbukit dalam ladang kelapa sawit semata-mata ingin mendapatkan talian internet bagi mengikuti kelas dalam talian sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

“Saya difahamkan khemah serta kemudahan kerusi dan meja dibina oleh sepasukan Pegawai dan Anggota Polis Di Raja Malaysia IPD Ranau sebelum ini. Apabila saya membaca laporan akhbar tersebut, saya terus ke lokasi ini untuk menyumbang sedikit keperluan untuk para pelajar”, jelasnya.

Dalam pada itu, beliau turut berharap agar kemudahan jaringan rangkaian internet dan telefon mudah alih disekitar kawasan perkampungan pedalaman terus dinaik taraf bagi memudahkan masyarakat kampung mengetahui sebarang bentuk perkembangan semasa.

Tegasnya, beliau agak terkilan masih ramai masyarakat luar bandar bukan sahaja di Daerah Ranau malah beberapa daerah di seluruh Negeri Sabah masih ketinggalan dari segi arus komunikasi semasa yang membolehkan penduduk luar bandar mengikuti perkembangan semasa dalam atau luar negeri.

“Sistem komunikasi moden yang membolehkan rakyat dikawasan kampung-kampung dapat mengikuti arus perkembangan semasa dengan lancar perlu dinaik taraf. Masih ramai yang ketinggalan dengan kemajuan teknologi maklumat masa kini khasnya rakyat dikawasan pedalaman di Sabah”, tegas Kong.

Turut hadir semasa penyerahan sumbangan tersebut adalah Piturus @ Razali Kunsal, Ketua Kampung Kg.Paus dan Yasiri Bijin, Pemaju Masyarakat N.38 Paginatan.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN