31 C
Kota Kinabalu
Rabu, Januari 14, 2026
ADVERTISEMENTspot_img

Pemilik kenderaan diesel perlu selengara kenderaan ikut jadual

Pegawai Penguatkuasa JAS ketika melakukan pemeriksaan asap hitam keatas sebuah kenderaan dalam operasi tersebut

LABUAN: Pemilik kenderaan yang menggunakan minyak diesel perlu menyelenggara kenderaan mengikut jadual bagi mengelakkan pengeluaran asap hitam tebal yang mampu mengancam kelestarian alam.

Pengarah Jabatan Alam Sekitar (JAS) Wilayah Persekutuan Labuan Zulfadzli Zakaria berkata pihaknya akan sentiasa melakukan pemeriksaan dari masa ke masa dan jika didapati kenderaan diesel melepaskan asap hitam tebal melepasi piawaian kompaun dan Notis Arahan Penyelenggaraan akan dikeluarkan kepada pemilik kenderaan.

” Namun demikian kesedaran masyarakat terhadap kepentingan penyelenggaraan enjin diesel di Labuan semakin meningkat dan ini sekali gus menyumbang kepada penurunan tindakan penguatkuasaan pelepasan asap hitam”, katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita semasa Operasi Bersepadu Sempena Minggu Operasi Gerak Kenderaan Bermotor peringkat Kebangsaan bersempena Hari Ozon Sedunia 2025, di sini pada Rabu.

Jelanya lagi, JAS Labuan telah menjalankan sebanyak enam operasi bersepadu dan mengeluarkan 15 kompaun serta 45 Notis Arahan Penyelenggaraan kepada pemilik kenderaan sepanjang tahun ini.

Operasi yang dijalakan di Jalan Patau Patau itu turut disertai PDRM Labuan, Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dan Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK).

Sebanyak 70 buah kenderaan diperiksa dan lapan Notis Arahan telah dikeluarkan.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN