Robert (tengah)menyampaikan sijil kepada salah seorang pemegang adat.
KENINGAU:Pemegang-pemegang adat perlu melaksanakan tanggungjawab mereka dengan penuh amanah dan berintegriti.
Pembantu Menteri Kerja Raya Datuk Robert Tawik @ Nordin berkata, ini kerana mereka (pemegang adat) adalah rujukan masyarakat terutama hal-hal yang berkaitan dengan adat istiadat.
Katanya, pemegang adat mempunyai peranan yang penting dalam memelihara adat istiadat tempatan.
“Laksanakanlah tanggungjawab sebagai pemegang adat dan jadikan mahkamah anak negeri satu institusi yang dihormati oleh masyarakat dan rakyat.
Pemegang adat khususnnya Ketua Anak Negeri, Wakil Ketua Anak Negeri dan Ketua Kampung menjadi tumpuhan dan perhatian masyarakat.
Jika kita tersilap melaksanakan adat istiadat dan menjatuhkan hukuman sudah tentu masyarakat mempertikaikannya, maka itu perlu berhati hati bila melaksanakan sesuatu adat istiadat yang dibuat” tegas Robert
Oleh sebab itu katanya, elakkan masalah-masalah sebegitu kerana ianya juga sedikit sebanyak akan menjejaskan kepada kerajaan.
Walau bagaimanapun beliau menaruh kepercayaan sepenuhnya kepada pemegang-pemegang adat yang sememangnya mempunyai pengalaman yang luas dalam bidang ini.
Robert yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri ( ADUN ) berkata demikian ketika Majlis Penyampaian Sijil Ahli Mahkamah Bagi kawasan DUN N.40 Bingkor di Pejabat Mahkamah Anak Negeri Keningau di sini pada Rabu.
Seramai 13 orang pemegang adat menerima sijil yang terdiri daripada Ketua Ketua Anak Negeri dan Wakil Ketua Anak Negeri bagi kawasan DUN N.40 Bingkor pada majlis itu.
Pada masa sama Robert juga memohon pemegang adat sentiasa membudayakan etika kerja bekerjasama dan bertukar-tukar pendapat diantara satu sama yang lain.
“Dengan adanya permuafakatan yang dijalinkan sudah tentu pelaksanaan eknemen undang undang adat dapat dimertabatkan dan dihormati oleh masyarakat setempat”
Turut hadir Ketua Daerah N.40 Bingkor OKK Danel Palangi dan Ketua Daerah N.41 Liawan OKK Romanus Micheal.