30 C
Kota Kinabalu
Rabu, April 23, 2025
ADVERTISEMENTspot_img

Pembukaan PPV Taman Perumahan Mutiara mampu beri vaksin 8,000 penghuni

Oleh: Jainudin Djimin

LABUAN: Pembukaan Pusat Pemberian Vaksin (PPV) di Taman Perumahan  Mutiara  mampu meberikan  vaksin kepada 8,000 penghuni Taman Perumahan Mutiara dan Taman LDA serta Perumahan anggota Tentera Udara di Kampung Sungai Bedaun.

Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah (JPBD) Wilayah Persekutuan Labuan, Rithuan Ismail berkata (gambar), PPV Taman Perumahan Mutiara Sungai Bedaun yang akan mula beroperasi pada Isnin (hari ini)  dengan kapasiti 300  dos  sehari   adalah hasil  kerjasama Kawasan Rukun Tetangga (KRT) Taman Perumahan Mutiara Blok L  dan Komuniti Sihat Perkasa Negara (Kospen).

“PPV ini  dibuka khas di salah satu lokaliti  PKPD bersasar dengan keutamaan diberikan kepada penghuni  di  Blok L dan M  Taman Mutiara, Taman LDA dan juga Taman Perumahan Tentera Udara” katanya kepada pemberita selepas meninjau persiapan pengoperasian PPV  Taman Perumahan Mutiara di sini pada Ahad.

Rithuan yang juga Pengerusi Badan Bertindak Imunisasi COVID 19 (CITF)  menjelaskan  PPV itu akan dibuka kepada individu  luar dari kawasan  Taman Perumahan Mutiara  selepas proses vaksinasi dilokati berkenaan selesai.

Untuk rekod Labuan ketika ini mempunyai empat PPV yang beroperasi sepenuhnya melibatkan  PPV JKR, PPV Kompleks Darul Kifayah, PPV Kolej Matrukulasi Labuan dan yang terbaharu PPV Taman Perumahan Mutiara dengan kapasiti keseluruhan PPV 3,000 hingga  5,000  dos sehari.

 

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN