30 C
Kota Kinabalu
Rabu, April 23, 2025
ADVERTISEMENTspot_img

Pembinaan Pusat Jantung Negara Sabah September ini: Menteri

Datuk James Ratib, ketika menjawab soalan tambahan


KOTA KINABALU: Kerja-kerja naik taraf Hospital Queen Elizabeth II sebagai Pusat Jantung Negara Sabah akan bermula pada bulan September tahun ini, kata Menteri Pembangunan Komuniti dan Kesejahteraan Rakyat Datuk James Ratib.


“Pelaksanaan Projek Naik Taraf Pusat Jantung Sabah adalah dalam fasa penyediaan dokumen Schedule of Accommodation (SOA) dan Preliminaries Detailed Abstract (PDA) daripada agensi pelaksana iaitu Jabatan Kerja Raya Malaysia (JKRM).


“JKRM telahpun membuat lawatan tapak ke Hospital Queen Elizabeth II pada 22 hingga 23 Januari 2025 untuk membuat semakan skop kerja serta tinjauan tapak projek.


James yang juga ADUN N.48 Sugut berkata demikian semasa menjawab persoalaan daripada Adun Sekong, Alias bin Sani semasa Mesyuarat Pertama Penggal Kelima Tahun 2025 Dewan Undangan Negeri Sabah Yang Ke-16 yang berlangsung pada hari Isnin.


Semasa persidangan itu, Alias bertanya kepada Menteri Pembangunan Masyarakat dan Kesejahteraan Rakyat, apakah status Pusat Jantung Sabah yang telah diluluskan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri ke10.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN