27 C
Kota Kinabalu
Selasa, Februari 18, 2025
ADVERTISEMENTspot_img

Pembinaan Pelabuhan Bersepadu Labuan, belum ada keputusan dicapai: Hasbi

LABUAN: Belum ada sebarang keputusan dicapai mengenai cadangan pembinaan Pelabuhan Bersepadu bagi menggantikan Pelabuhan Merdeka Labuan yang sudah tidak sesuai lagi di Pusat bandar.

Timbalan Menteri Pengangkutan (MOT), Datuk Hasbi Habibolah berkata, sebarang perbincangan untuk pembinaan projek itu boleh dimulakan selepas penilaian dan perancangan terperinci di muktamadkan.

“Ketika ini Kementerian belum dapat memberikan sebarang butiran mengenai cadangan pembinaan projek itu kerana pelan induk Pelabuhan Bersepadu belum disiapkan termasuk penilaian dan perancangan terperinci kesan alam dekitar (EIA) belum dilaksanakan dan hala tuju keseluruhan projek itu juga masih belum ada kepastian” katanya pada sidang akhbar selepas meninjau Dermaga Merdeka Labuan dan lawatan ke Megah Port Management Sdn.Bhd, di sini kelmarin.

Hasbi berkata, kajian kebolehlaksanaan perlu dilaksanakan sebelum sebarang keputusan konkrit di buat.

Jelas beliau lagi, Lembaga Pelabuhan Labuan (LPL) juga perlu dilibatkan sepenuhnya dalam projek ini.Hasbi berkata Kementerian juga sedang mempertimbangkan Pelan Pembangunan Labuan 2030 yang memperuntukan kira kira 80.9 hektar tanah untuk projek ini.

Sementara itu, usaha menaiki taraf terminal feri Ro-Ro Labuan menerusi peruntukan RM22 juta seperti yang diumumkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim akan diteruskan seperti yang dirancang.

“Kita sedang menunggu butiran peruntukan itu untuk disahkan dalam belanjawan 2025 yang akan dibentangkan pada Oktober ini.

Hasbi yang dalam rangka lawatan kerja dua hari bermula pada Jumaat telah mengadakan lawatan ke Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Jabatan Laut Labuan serta membuat lawatan ke tapak cadangan projek Pelabuhan Bersepadu di Rancha Rancha.

Turut sama, Ahli Parlimen Labuan, Datuk Indera Suhaili Abdul Rahman.TAMATGambar1.Hasbi ketika meninjau Dermaga Merdeka Labuan.2.Hasbi beramah mesra bersama pelanggan JPJ ketika melawat Pejabat JZJ Labuan pada Jumaat

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN